Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.
Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang.
Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari, rekahan di bawah kalus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan.
Masalah akan menjadi lebih teruk jika rekahan ini 'pecah' dan berdarah kerana ia mudah mendapat jangkitan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Antaranya ialah :-
· Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering.
· Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
· Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
· Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
· Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas dan petua ini perlu diamalkan sehingga anda berpuas hati dengan perubahannya. InsyaAllah akan menjadi.
Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u
getah betik yeh hurmmm akan ku cari walau dimana pun getah betik tuh berade hahaha
ReplyDelete