blog kay & yana: Ikan keli melekat semasa digoreng - Cadangan Penyelesaian

Ikan keli melekat semasa digoreng - Cadangan Penyelesaian

18 February 2011




Saya rasa kebanyakan orang pasti menggemari ikan keli. Apatah lagi kalau ikan keli goreng. Rasa rangup dan lemak-lemak isinya pasti membuatkan anda menambah nasi. Tapi seringkali saya mendengar rungutan dari surirumah mengenai ikan keli. Setiap kali ingin menggorengnya, pasti kedengaran jeritan-jeritan kecil dek kerana letupan yang terhasil ketika menggoreng  ikan tersebut.

Di sini saya ingin berkongsi tips untuk menggoreng ikan keli tanpa perlu menghadapi letupan- letupan tersebut.

Pertama, toskan ikan sehingga betul-betul kering. Pastikan minyak betul-betul panas semasa ikan dimasukkan ke dalam kuali. Kemudian masukkan tiga keping asam keping semasa menggoreng ikan ke dalam minyak masak sebelum ikan dimasukkan.Petua ini boleh mengurangkan kadar letupan minyak bagi ikan-kan yang selalu meletup di dalam kuali seperti ikan keli.

Kedua, anda juga boleh merendam ikan keli dengan air asam jawa atau limau kasturi untuk menghilangkan lendir ikan yang menjadi punca ikan tersebut meletup. Selamat mencuba…..

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

2 comments:

  1. ooo.. ye ke.. Yana ni minat gila dengan ikan keli.. pastu masak pecel.. fuuhh.. sedapnya..
    sebelum ni ada tips. tuang garam sikit dalam kuali yang ada minyak panas tu.. pastu masokkan ikan. tapi garamnye tu melekat kat ikan.. jadi masin da..

    ReplyDelete
  2. saye suke makan ikan keli goreng berlade okehh, tapi saye tak suke masak ikan keli ngeh ngeh ngeh :P.

    ape kate anda tolong masakan untuk shayeeeee hahaha :P

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign