blog kay & yana: mama

Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Get Well Soon Mama....

17 September 2015

Aku rembat gambar mama dengan anak sedara aku Aisy Amsyar kat FB adik ipar. 

Mama memang ada ngadu kat aku dia pernah sakit perut sangat sangat. Tapi tak tahu apa puncanya. Nak kata salah makan mama cakap takda pula. Last last mama cakap kalau mama sakit perut mama minum air 100 plus baru lega sikit. Dah 3 kali kena sakit perut tu. In the end dia pergi check dekat Hospital Puteri JB. Doc buat scan dapat detect macam ada batu dekat hempedu mama. Batu apa mama pun tak tahu. So dalam 2 hari doc suruh rest kat rumah sebab wad dekat hospital tu penuh. Ramai orang sakit lately ni. Dengan jerebu lagi haruslah penuh rumah sakit ye. So mama pun balik rest kat rumah sebab doc ada bagi MC. Mama kena datang balik 14hb September untuk decide boleh operation atau tak. 

Mama call aku 14hb September tu nak updated result dari scan yang doc buat. Doc bagitahu mama kena buat operation untuk buang batu tu. Mama kena tahan wad ari yang sama then malam tu mama kena puasa sebab nak operate esok paginya. Mama bagitahu dalam pukul 10.00 atau 11.00 pagi operation mama start. Aku doa doa doa supaya pembedahan mama dipermudahkan. Aku doa mama cepat cepat sembuh macam sedia kala. Alhamdulillah adik lelaki aku ada kat sana. Boleh lah nak minta tolong die tengok tengokkan mama. Susah juga hati aku ni sebab jauh tak dapat balik nak tengok mama. Adik aku wassap lebih kurang pukul 2.00 petang baru mama keluar dari bilik operation. Masa tu aku terus call baba. Baba kata mama belum sedar lagi. Susah hati anak perantauan ni lain macam sikit. Gelisah satu apa pun tak boleh buat. Pukul 6.30 petang dapat wassap dari mama lega sangat. Tuhan je yang tahu. Hati ni memberontak nak balik tapi apakan daya. Keadaan tak mengizinkan. Mama pun kata tak payah balik mama ok. Hati ibu gitulah...

Sentiasa call mama. Sentiasa call baba. Kata Kay. Sebab kami tak dapat balik hanya boleh call untuk tahu perkembangan mama. Alhamdulillah. Mama selamat. Dalam proses pulih dan sembuh. Mama kena jaga makan buat masa ni. Tak boleh makan yang keras keras sangat. Tak boleh makan kenyang sangat. Mama kata dia takut makan nasi so die makan bubur je 2 hari ni. Takpelah ma janji ma dapat makan. 24 jam mama kena puasa lepas operation. Cuma boleh minum air je. Jadilah Alhamdulillah. Syukur sangat.

Mama, kami doakan mama cepat cepat sembuh macam sedia kala. Cepat cepat sihat. Jangan sakit sakit lagi ye ma. Risau kami. Mama cepat sembuh ya... kami sayang mama sangat sangat.. GWS soon onny..!!!!


Selamat Hari Ibu

11 May 2015

Uhuk Uhuk.. Mohle kita batuk dulu sebab dah bersawang sangat sangat dah blog aku nih... ahahaha.. Apa khabar semua...? Tak tahulah blog ni ada reader lagi ke tak... Saya kena usaha lebih sikit lah kalau nak dapat traffic macam dulu.. Sekarang ni mood nak berblogging memang kelaut dah... Payah nak sampai ke darat ni nak tangkap balik mood tu. kihkihkih.. Semua tu alasan je kan. Biasalah manusia penuh dengan sejuta alasan... Padahal jawapan paling senang adalah malas.

Ok... special sikit entry ni sebab saya buat entry ni sempena hari ibu. Ramai yang wish hari ibu semalam kan. Saya pun teringin nak wish jugak.. So saya nak wish panjang panjang kat sini sebab kat fb macam tak best nak buat wish panjang berjeler...


Buat mama.. Puan Hajah Norha binti Alias... Insan yang paaaaaaalllliiiing saya sayang... Selamat hari ibu mama... Terima kasih kerana menyayangi saya selama 30 tahun saya hidup didunia ini. Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang terbaik.. segala pengorbanan mama buat kami 4 beradik tak mampu kami nak balas... Semoga mama sentiasa akan menjadi mama kami didunia mahupun diakhirat.. I loves u mama.. I loves u ssoooooooo much... 
#muahciked....


Tak lupa jugak buat ibu mertua ku, Puan Liza Mohamed Amin.. Mak mertua saya ni mak mertua paling sporting tau. Walaupun saya ni menantu yang serba kekurangan tapi mak mertua saya sentiasa memahami saya.. sentiasa ada bila kami perlukan teman... Mak, terima kasih atas kasih sayang mak selama saya menjadi menantu dan isteri kepada satu satunya anak lelaki mak... saya minta maaf sebab saya bukanlah menantu yang sempurna.. tapi saya sayang mak sampai bila bila... saya bersyukur sgt sgt sebab dapat mak mertua yang penyayang , yang memahami, yang penyabar, yang sangat sangat sangat sporting... tak semua org bertuah dpt mak mertua mcmni tau... #muahciked

Selamat hari ibu juga buat semua ibu ibu di dunia. Allah telah ciptakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu... Maka janganlah kita sekali kali melukakan hati mereka selagi mereka masih ada... In Sya Allah....

tatatititutu....

Saying too many NO(s) to a child will create a helpless and dependent child. #SayYestoExperiences http://my.shareddis.com/p/a7GKW

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign