blog kay & yana: December 2013

Icon Bisnes Online Pilihan Yana

12 December 2013
Orang kata kalau kita nak berjaya kita perlu ikut dan belajar daripada orang yang berjaya juga. Setiap kejayaan pasti ada cerita disebaliknya. Dan biasanya orang yang berjaya pasti akan dijadikan Icon. Ada beberapa ciri seseorang Usahawan Internet yang berjaya yang boleh dijadikan icon. Antara ciri tersebut adalah:

1) Berani

Berani merujuk kepada naluri keusahawanan, yang merupakan keinginan yang amat kuat untuk mempunyai perniagaan sendiri. Anda mesti mempunyai keberanian dan dedikasi yang benar-benar akan ditumpukan kepada matlamat anda. Usahawan yang berani biasanya akan mencuba apa sahaja jenis perniagaan tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung. Dan akhirnya keberanian itu akan menjadikan beliau berjaya menjadi seorang usahawan.

2) Komitmen yang tinggi

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen sangat penting dalam sesuatu pekerjaan yang kita ceburi dimana komitment membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan samada secara online ataupun offline.

3) Kreatif dan Inovatif

Dengan era yang serba berteknologi tinggi ini, usahawan bisnes online perlu lebih kreatif dan inovatif dalam perniagaan mereka supaya lebih ramai pelanggan akan tertarik dengan cara mempromosikan sesuatu produk. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepara para pelanggan.

4) Matlamat

Dengan adanya matlamat, kita akan lebih semangat untuk berjaya kerana matlamat memberikan kita lebih banyak idea untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani.

Banyak lagi ciri ciri yang positif yang perlu ada pada seorang Icon Bisnes Online. Cukuplah hanya 3 ciri. Daripada 3 ciri di atas saya telah memilih beberapa usahawan untuk menjadi Icon Bisnes Online saya.. Antaranya adalah:




Kalau kita google dengan nama "usahawan internet yang berjaya", di halaman pertama google kita sudah nampak nama Irfan Khairi. Dari situ jelaslah dimana kejayaan Irfan Khairi atau lebih dikenali "Jutawan Internet" semakin menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Lantas saya memilih beliau sebagai Icon Bisnes Online saya yang pertama. Mari kita lihat detik-detik kejayaan beliau sehingga bergelar "Jutawan Internet"


Irfan Khairi merupakan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi. Beliau memasang niat untuk menjadi jutawan satu hari nanti semenjak beliau berumur 19 tahun lagi. Selepas tamat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di Staffordshire University, United Kingdom, Irfan Khairi menerima tawaran bekerja di Net Media [UK] Ltd, sebuah syarikat teknologi maklumat terbesar di Brimingham. Pada tahun kedua bekerja di syarikat berkenaan, beliau memulakan perniagaan internet yang beroperasi dari rumah secara sambilan. Dalam tempoh setahun, selepas beroleh pendapatan lebih sebulan, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan memberi tumpuan penuh pada perniagaannya. Selepas tiga tahun perniagaan internetnya beroperasi, dalam usia 25 tahun, anak muda ini beroleh untung bersih RM1 juta dan pendapatan itu melayakkannya bergelar seorang jutawan seperti yang diniatkannya.  


Dengan ciri-ciri yang ada pada seorang Icon, saya kagum dengan semangat dan keberanian Irfan Khairi. Beliau bekerja kuat untuk sampai ke tahap ini. Beliau bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun pertama, dia hanya tidur tiga hingga empat jam sahaja, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya. Malahan, pada tahun pertama, beliau hanya dapat tiga orang pelanggan ! Tapi beliau tidak berputus asa dan teruskan usaha sehingga berjaya. Hasilnya, pada tahun kedua beliau mampu mendapatkan pendapatan RM2,000 keatas sehari. Sehari ye bukan sebulan. Cuba bayangkan pada ketika pengguna internet hanya 500 juta orang, dia mampu mendapat pendapat sebanyak itu... kini pengguna internet semakin bertambah, tak mustahillah beliau boleh digelar Jutawan Internet. Kini, dia boleh tersenyum bangga atas usahanya sendiri kerana telah berjaya bergelar jutawan. 

lagi info di ------ http://www.irfankhairi.com/blog/

2. Puan Faridah Zakariah, Pengasas tudung Fareeda

Memegang slogan Lambang Keanggunan Wanita Bertudung, jenama tudung Fareeda memang tidak boleh disangkal lagi. Kisahnya yang bermula dari bawah sehingga sekarang beliau sudah menjadi seorang jutawan perniagaan tudung wanita. Jika kita google Usahawan berjaya, kita akan lihat kaum adam lebih mengungguli carta. Alhamdulillah kerana Allah menciptakan kaum Adam untuk mencari rezeki buat keluarga. Tetapi saya juga ingin jadikan pemilik tudung Fareeda sebagai Icon Bisnes Online pilihan saya yang kedua. 


Beliau hanya seorang suri rumah yang berniat untuk membantu suami menampung kos hidup keluarga. Beliau bermula dengan perniagaan kecil iaitu membuat dan menjual baju dan langsir. Tapi pada tahun 2006, beliau cuba untuk membuat tudung supaya ianya boleh dijual dengan baju rekaannya. Selepas membuat tudung dengan sendiri, beliau mendapati ramai kawan-kawannya yang berminat dengan tudung rekaannya. Lalu dengan hanya 2 mesin jahit, beliau cuba untuk menjual tudung di pasaran. 

Beliau mencuba pelbagai jenis dan fesyen tudung mengikut peredaran zaman. Satu ketika dahulu nama Fareeda bukanlah nama yang besar. Percubaan demi percubaan akhirnya fesyen tudung chiffon 3 layer mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Beliau tidak takut untuk mencuba dan terus mencuba. Beliau kreatif dan bijak dalam membuat perubahan bentuk tudung. Sememangnya fenomena tudung chiffon 3 layer sangat memberikan impak yang besar pada beliau sehingga ramai yang sanggup bermalam di kaki lima butik Fareeda semata-mata untuk membeli tudung jenama tersebut. Satu fenomena yang luar biasa bukan?


Kini beliau mampu beroleh pendapatan hasil dari jualan tudungnya hampir RM20juta !!! Beliau juga mempunyai 130 orang pekerja, 3 butik dan 300 pengedar yang menjual produknya melalui online dan offline.

Jika boleh saya mahu senaraikan semua cerita Icon-Icon pilihan saya. Saya pernah baca sebuah buku mengisahkan detik-detik kejayaan, suka-duka, jatuh bangun seorang usahawan yang bernama, Datuk Ahmad Kemin, Pemilik Syarikat Mutiara Motors yang terkenal di Johor Bahru. Daripada seorang yang miskin dan penuh dengan dugaan, kini hidupnya penuh dengan kemewahan dan kejayaan. Yang penting usaha, dan jangan putus asa. Mereka berkorban , berusaha sepenuh hati untuk berjaya sehingga mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya, kerana mereka bermula daripada bawah. Kisah mereka mampu memberikan saya atau sesiapa sahaja semangat untuk terus berjaya dan mengubah hidup  satu hari nanti. Insha Allah.

Petikan kata-kata Bill Gates semasa ditanya bagaimana beliau boleh menjadi manusia terkaya didunia, beliau menjawab...

"Pertama, saya berada pada tempat dan masa yang betul. Kedua, saya bersemangat untuk maju ke hadapan. Ketiga dan yang paling penting, SAYA BERTINDAK" 

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

04 December 2013

Sape sape nak menang cash RM50 boleh join contest dari brader Hasrulhassan ni ye. Kalau nak join korang bleh klik link di bawah atau logo blog brader tersebut.



Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign