blog kay & yana: Anugerah Juara Lagu AJL

Showing posts with label Anugerah Juara Lagu AJL. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Juara Lagu AJL. Show all posts

Selamat Hari Guru

16 May 2013
Assalamulaikum 
Salam Muhibbah

aduhai.. awatlah malas sangat nak updated blog la ni pun tak taulah... huhuhu... apepun aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru guru di Malaysia... tanpa anda siapalah kami.. chewahhh.... Guru ni tanggungjawab die BESAR.. sebab tu gaji die pun BESAR.. hahaha... ingat senang ke nak didik budak budak zaman sekarang ni... koje nak melawan je kan... nak nak sekarang ni budak budak zaman siber kan... sikit sikit cikgu yang kene.. hahaha.. 


buat guru guru sekalian yang ada di Malaysia ni.. didiklah anak anak murid mu dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.... didikla mereka sehingga mereka mampu membantu negara dan bangsa.. didiklah mereka dengan agama dan ilmu pengetahuan... didiklah mereka sehingga mereka menjadi manusia yang berjaya...


note: student la ni jgn dok ngegade sgt ek.. cikgu garang sikit da lapor kt berita kata kene dera... dulu aku kene rotan dekat 90 kali takde pun sibuk sibuk nak g kecoh kt berita... sbb kene rotan? failed dlm add maths.. tu makan die.. hehehehe.. 

-sekian-

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Milik AWAN NANO

30 January 2012
Salam,
Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan TAHNIAH buat Hafiz kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26). Memang seperti jangkaan aku... huhuhu..ternyata lagu AWAN NANO ciptaan Buddi Hikayat dan M. Nasir membawa tuah buat Hafiz pada malam AJL ke 26... Selain itu, Hafiz juga memenangi VOKAL TERBAIK.. tuah badan kan.. tapi aku nak nafikan persembahan Hafiz malam tu memang superb.. suaranya memang mantap dan lirik awan nano pun sangat dahsyat... huhuhu.. 


ternyata untuk memenangi AJL tidak memerlukan suit yang mahal... cukup sekadar t-shirt dan track suit.. tidak berkasut lagi... maka Hafiz memang bijak.. tidak perlu memikirkan baju yang mahal mahal... hehehe.. Hafiz telah memenang 2 trofi dan  seterusnya membawa pulang hadiah keseluruhan berupa wang tunai RM45,000 berserta 2 trofi. Tahniah Hafiz ! 

kat bawah ni aku listkan keputusan bagi Anugerah Juara Lagu ke 26 kali ini ye.

Persembahan Terbaik
Alyah – Kisah Hati
(Alyah memang sungguh menawan malam tuh.. dia telah menjadi patung yang sangat cantik. persembahan yang menarik diakhiri dengan kehadiran Remy Ishak membuat stadium Bukit Jalil gamat seketika.. tahniah Alyah)

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Vokal Terbaik
Hafiz AF7 – Awan Nano
( vokal Hafiz memang hebat )

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Tempat Ketiga
Faizal Tahir – Karma
( dengar cerita ini tahun terakhir Faizal join AJL.. betul ke? )

Hadiah
Wang tunai RM12,000 berserta trofi

Naib Johan
3 Suara - Beribu Sesalan
( gabungan suara yang sangat hebat dan mantap )

Hadiah
Wang Tunai RM15,000 berserta trofi

Juara  AJL 26
Hafiz AF7 – Awan Nano
( u deserve it Hafiz )
Hadiah
Wang tunai RM35,000 berserta trofi

 nota: keputusan AJL 26 kali ni memang aku puas hati... kalaulah Cinta Facebook yang menang agak2 ada timbul isu tak? hehehehe

Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL26) 2012

29 January 2012
Salam,


Debaran dan kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) 2012 makin terasa.. kurang dari 48 jam sahaja kita dapat tahu siapa yang akan membawa pulang gelaran sebagai Pemenang Juara Lagu ke 26. Kalau AJL sebelum ni, Ana Rafali telah berjaya memenangi anugerah tersebut sehingga menimbulkan isu dimana ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri... tapi apa boleh buat, keputusan juri adalah muktamad. 


Bagi yang ingin mengetahui keputusan Anugerah Juara Lagu 2012 ini. Jangan lupa untuk mengikuti Live Streaming Anugerah Juara Lagu Ke 26 yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pukul 9 malam di TV3. Selain itu, bagi yang tidak dapat menonton melalui kaca TV, anda juga boleh mengikuti Live Streaming Anugerah Juara Lagu ke 26 ini melalui link² seperti berikut;





Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis kegemaran anda berentap untuk memenangi anugerah Juara Lagu. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan AJL ini, boleh terus ke Facebook rasmi TV3 ataupun hashtag Twitter #AJL26. Mari sama-sama kita saksikan antara 12 lagu yang dipertandingkan yang mana satu akan dinobatkan sebagai pemenang AJL.


1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)



nota : memandangkan artis fave aku Stacy tak dapat masuk final AJL maka aku tidak menyokong mana mana artis pun... btw, all the best to all contestant.    



Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign