Pagi-pagi lagi saya dengar kawan saya merungut tentang masakannya semalam. Hasrat nak makan sup daging terbantut dek kerana daging lembu yang dimasak sup tersebut liat walaupun telah dimasak dalam jangkamasa yang agak lama. Jadi, terpaksalah kawan saya makan kuah saja.
Masalah macam ini selalu terjadi namun dipandang ringan oleh sesetengah orang. Mungkin sebab daging yang dibeli tidak bagus kualitinya. Atau mungkin daging lembu tersebut diperolehi dari lembu yang agak berumur atau dengan kata lain, lembu tua.
Hari ini saya ingin berkongsi bebrapa tips bagaimana untuk mengempukkan daging yang ingin dimasak, tidak kira apa jua jenis masakan.
-Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak. Tips yang pertama agak konservatif sedikit tetapi diakui berkesan oleh orang-orang tua.
- Selain itu, anda juga boleh masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda.
- Juga gaulkan daging yang mahu dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam, kemudian baru dimasak.
- Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut. (diamalkan di Kampung Kedai Piah, Kelantan)
-Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.
- Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.
Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas. InsyaAllah akan menjadi. - SELAMAT MENCUBA-
good info la...wah nampak lebey kemas blog ni pakai 2 column...HB kat sini
ReplyDeletetips sudu garfu tu mmg dipraktiskan oleh sepupu saya & menjadi. daging empuk dlm jangka masa yg singkat. jimat gas...heheheh
ReplyDeletewah!! tetibe mau masak daging la ini petang, tapi akak bagi bau jela kat ko yek hahaha :P
ReplyDeleteassalamualaikum...byk petua masak daging ye...saya dah follow ni ye..
ReplyDelete