blog kay & yana: Hindari Rambut Gugur - Cadangan Penyelesaian

Hindari Rambut Gugur - Cadangan Penyelesaian

16 February 2011



Rambut gugur seringkali terjadi kepada kita. Rambut sebenarnya organ ringkas yang amat dihargai oleh wanita. Namun tidak kurangnya lelaki. Walaupun lelaki tidak menjaga rambut serapi wanita, namun apabila kepala mula membotak, lelaki juga risau tentang penampilan yang berambut nipis itu. Lalu lelaki membotakkan kepala untuk menutup rasa aib terhadap perubahan di kepalanya.

Bagi wanita yang mula mengalami ketipisan rambutnya, sudah tentu membotakkan kepala bukanlah cara terbaik kerana penampilan itu tidak feminine dan tidak melambangkan wanita yang sihat. Wanita yang subur selalunya dikaitkan dengan helaian rambut yang ikal dan rimbunan rambut yang lebat.

Keguguran rambut secara banyak samada buat sementara atau tetap dinamakan Alopecia dan puncanya terlalu banyak. Namun masalah keguguran rambut tidak patut dirisaukan kerana ianya adalah fenomena biasa.

Apa yang sepatutnya dirisaukan ialah masalah keguguran rambut secara berlebihan, yang akan menyebabkan masalah rambut menipis dan kebotakan. Malah beberapa kajian telah dilakukan untuk membuktikan ini. Jangan terperanjat jika saya katakan kadar keguguran rambut yang normal antara 50-80 helai sehari.

Di sini saya ingin berkongsi tiga (3) penyelesaian untuk mengatasi permasalahan ini.

·         Cara pertama, masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.

·         Cara Kedua, tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.

·         Cara ketiga, campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Jadi, cubalah.. semoga berjaya !!!

4 comments:

  1. na, rase nk try petua yg ke3 tuh.. since bersalin ni adoyai byknye rambut gugur..

    ReplyDelete
  2. blh try ni...tp tu la klu ade "M" besar tuu..payah la ngehngehneghngeh so kepala pun makin halusssssssssssssss hahahaha

    ReplyDelete
  3. Wah...terima kasih atas petua di atas. Mudah utk mendptkan bahan2nya dan juga utk diamalkan. :D

    ReplyDelete
  4. oooooo itu macam ka baek baek tocei tocei hihihi

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign