... dah lama aku tak share petua kan.. ada beberape petua yang aku nak share ngn korang.. jom kite tgk...
1) Hilangkan parut di badan
- kesan parut di badan pasti akan menimbulkan ketidakyakinan jika ia jelas kelihatan. Bagi mengurangkan kesan parut tersebut, ambil sebiji pisang dan kupas kulitnya. Kemudian, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada parut tersebut. Lakukan setiap hari hingga parut tersebut hilang.
2) Memutihkan gigi dengan Halia
- tumbuk sepotong halia dan satu sudu garam kasar sehingga lumat. Tambahkan sedikit air. Gunakan air ini untuk berkumur selepas menggosok gigi sebelum tidur. Insya-Allah, anda bukan sahaja mendapat gigi yang putih dan kuat, bahkan mulut juga akan berbau harum
3) Buang gula-gula getah di rambut
- Gula-gula getah atau chewing gum yang terkena pada rambut sememangnya agak sukar ditanggalkan. bagi memudahkan ia dibuang, campurkan secawan tepung gandum dengan sedikit air. Kacau sehingga pekat dan sapukan pada bahagian rambut yang terkena getah tersebut. Kemudian, sikat rambut and dan getah akan tertanggal dengan mudah.
4) Jarum tidak mudah patah
- Sebelum menggunakan jarum yang baru dibeli, rendamkan ke dalam bekas yang berminyak selama sehari. Selepas itu, bersih dan keringkan sebelum disimpan atau digunakan. Insya-Allah, jarum tidak mudah patah.
bagus petua ni TQ sharing k
ReplyDelete