blog kay & yana: AL-FATIHAH ....

AL-FATIHAH ....

04 January 2011
...tahun 2010 kita kehilangan ramai anak seni yang hebat dan berbakat... ramai yg masih terkejut dan sedih dengan pemergian mereka.... Dunia seni pasti akan terasa dengan pemergian mereka.. Apa yang pasti, jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka sebagai anak seni yang tidak pernah lelah menghiburkan masyarakat, haruslah sentiasa dikenang. Apatah lagi dalam usaha mereka memartabatkan industri seni tempatan ke tahap yang lebih baik lagi. Sebagai insan yang masih hidup dan masih bernyawa di dunia yang fana ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua insan seni yang telah pergi menyahurt seruan Ilahi ini. Semoga Allah SWT menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. -Amin....

 Norliana Sulaiman (Pelakon)
Namanya agak kurang dikenali bagi peminat seni tempatan. Namun kehilangan Norliana Sulaiman amat dirasai oleh kakak arwah iaitu Zarina Zainuddin. Bekas pelakon sekitar 90-an ini telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 28 Januari 2010, sekitar jam 11 pagi. Arwah disahkan meninggal dunia kerana menghidap penyakit TB. Dia menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ipoh, Perak dan meninggalkan 4 orang anak. Al-Fatihah

Yanie Mentor (Penyanyi/Pelakon)
Dalam kesunyiannya selepas berumahtangga, protege kepada diva Ning Baizura ini telah pergi meninggalkan bidang nyanyian buat selamanya pada 21 Mac 2010. Arwah yang pernah berduet bersama Diddy Hirdy ini disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru yang diharunginya selama 4 bulan.Selain menyanyi, Yanie turut popular sebagai pelakon drama. Dia meninggal dunia di usia muda iaitu 25 tahun dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin dan suami, Irfin Abdul Manan. Sebelum dikebumikan di Kampung Sembulan Lama, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau. Berita pemergian Yanie amat mengejutkan aku dan sedih melihat anak kecil yg masih lg tidak mengerti pemergian ibunye. Al-Fatihah.

Din Beramboi (Pelawak/Penyampai Radio)
Perginya pelawak dan penyampai radio terkenal, Mior Ahmad Fuad atau lebih glamor dengan nama Din Beramboi sememangnya memberikan satu kejutan besar buat industri seni tempatan. Beliau yang meninggal dunia pada usia 44 tahun ini telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 2 April 2010, kira-kira jam 12.35 pagi.Tanpa disangka, arwah menjadi mangsa pembunuh besar rakyat Malaysia iaitu demam denggi. Jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong. Sahabat baik pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi ini meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18. Pemergian arwah Din Beramboi sgt2 membuat aku sebak apatah lagi arwah tercalon dalam anugerah berita harian... Terasa sunyi radio ERA tanpa arwah.. terasa sgt sedih dan sebak dengan pemergian arwah... sesungguhnya arwah telah byk membuat hati rakyat Malaysia gembira dan tertawa.. Al-Fatihah.

Achik Spin (Penyanyi)
Selain pemergian mengejut Din Beramboi, peminat seni muzik tempatan turut tidak menyangka bahawa vokalis Spin, Achik akan meninggalkan industri muzik tempatan ini buat selama-lamanya. Arwah Achik menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu berdepan dengan kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada 17 April 2010, kira-kira jam 6:15 petang. Arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Pemergian achik juga sgt membuat aku tergamam.. mana taknye arwah merupakan penyanyi kegemaran aku... kalau aku berkaraoke dengan hubby lagu wajib kami adalah lagu duet arwah bersama nana...Al-Fatihah

Siti Rohani Wahid (Pelakon)
Akibat mengidap penyakit barah payudara, menantu kepada pelakon Datuk Sarimah Ahmad yang pernah menjadi pelakon, Siti Rohani Wahid, 53 telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada Julai 2010. Arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya selepas solat Asar. Selain berlakon, arwah pernah dinobatkan sebagai Ratu Malaysia pada 1982. Al-Fatihah


Seniwati Mariam Baharom (Pelakon)
Ibu kepada penyanyi lagu Gadis dan Bunga, Rahimah Rahim yang bernama Mariam Baharom telah pergi meninggalkan dunia buat selama di Singapura pada 9 Ogos 2010. Arwah juga merupakan kakak kepada Allahyarham Seniwati Saadiah dan ibu saudara kepada pelakon hebat, Fauziah Datuk Ahmad Daud. Sepanjang kariernya, arwah sangat popular menerusi filem Abu Hassan Penchuri pada 1955. Al-Fatihah

M Rajoli (Pelakon)
Pelakon yang terkenal dengan watak pendakwah, M Rajoli telah pergi meninggalkan kita di usianya yang mencecah 65 tahun. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada 17 September 2010, jam 10.45 malam. Allahyarham M Rajoli mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak 3 tahun lalu. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat sebelum waktu Zuhur. Al-Fatihah

Yusof Chong (Pelawak)
Dalam usia 63 tahun, pelawak Yusof Chong telah meninggal dunia di Hospital Selayang pada Ahad, 5 September 2010. Arwah telah disahkan mengidap komplikasi sakit jantung dan darah tinggi. Sebelum pergi tidak kembali, arwah telah dirawat selama 5 hari di Hospital Selayang. Jenazah arwah selamat dikebumikan selepas Solat Terawih pada malam bulan Ramadan lalu. Al-Fatihah

Yalal Chin (Pelakon)
Pemergian pelakon drama dan pentas, Yalal Abu Achin atau Yalal Chin juga telah memberikan kejutan buat semua warga industri perfileman tanahair . Arwah meninggal dunia pada 15 Oktober 2010 , kira-kira jam 12.30 tengah malam setelah diserang sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Jenazah Allayarham selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka pada keesokan harinya, jam 11.30 pagi. Al-Fatihah

Shamrin (Penyanyi)
Tanpa diberitahu beliau mengidap sebarang penyakit, vokalis Fotograf, Shamrin yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta telah meninggal dunia pada 11 November 2010. Beliau dilaporkan jatuh rebah selepas bermain bola bersama rakan-rakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 6 petang. Sepanjang menjadi vokalis Fotograf, kumpulan ini pernah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1992 menerusi untuk lagu Di Alam Fana Cintamu. Al-Fatihah

Faizal Yusof (Pelakon)
Di saat kite gembira menyambut tahun baru, sekali lagi dunia hiburan seni dikejutkan dengan berita pemergian arwah Faizal Yusof. Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu. Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign