Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut.
Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Tanda-Tanda Awal Kencing Manis
1. kerap membuang air kecil
2. berat badan yang menurun
3. sentiasa merasa lapar
4. sentiasa merasa haus dahaga
5. letih yang tidak menentu
6. pandangan semakin menjadi kabur
7. mudah mendapat penyakit kulit
8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. merasa penat dan sakit kaki
10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha
Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS
1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut
Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS
1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi
Petua mengubati Kencing Manis
· Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau
· Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau
· minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya’ Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.
· Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
· Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas dan petua ini perlu diamalkan sehingga anda berpuas hati dengan perubahannya. InsyaAllah akan menjadi.
No comments:
Post a Comment