blog kay & yana: MenGhiLanGkaN KeLEMumuR

MenGhiLanGkaN KeLEMumuR

02 March 2011

Kelemumur? Kita sering mendengar perkataan itu disebut beberapa kali oleh teman-teman. Tetapi apakah kita mengetahui apakah sebenarnya kelemumur? Ada pendapat yang mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan bukannya satu penyakit. Sebenarnya kelemumur hanyalah suatu gangguan psikologi yang boleh dikesan dengan adanya kepingan-kepingan putih pada rambut. Biasanya kelemumur mudah diatasi dengan menggunakan syampu anti kelemumur yang banyak terdapat di pasaran hari ini.

Kitaran Penggantian Sel Kulit Kepala

Kulit manusia terbahagi kepada beberapa lapisan, iaitu:

·         Epidermis- mudah dikenalpasti, bahagian paling atas yang kita lihat.
·         Dermis- Lapisan kedua, terletak di bahagian bawah epidermis
·         Hipodermis- lapisan paling bawah

Lapisan epidermis pada bahagian kulit kepala agak tebal berbanding dengan bahagian kulit pada anggota badan yang lain. Lapisan ini mengeluarkan lebih banyak lembapan dan berminyak. Ini kerana epidermis merupakan lapisan pelindung bahagian kepala. Oleh itu, lapisan ini mengalami penggantian sel pada tempoh kitaran yang tertentu.

Kelemumur terjadi apabila berlaku peningkatan dalam penghasilan sel-sel baru pada lapisan basal, kecepatan penghasilan sel-sel baru berlaku pada setiap tujuh hari. Dengan tempoh masa yang singkat ini sel-sel yang sedia ada tidak sempat matang, akhirnya keluar daripada kulit kepala menjadi serpihan-serpihan putih tanpa proses pengeringan dan terpisah secara semula jadi daripada lapisan epidermis. Serpihan-serpihan putih yang kelihatan ini dikenali sebagai kelemumur.

Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips untuk menghilangkan kelemumur;

Tips yang pertama, selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

Tips yang kedua, kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Selain itu, anda boleh menggunakan tips yang ketiga. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

3 comments:

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign