blog kay & yana: Siti Sarah tunang Shuib Sepah

Siti Sarah tunang Shuib Sepah

13 December 2010
wah!! tahniah buat shuib sepah dan sarah raisuddin... hehehe.. gembira bile bc beautiful nara pastu ada berita pasal pertunangan shuib dan sarah. harap2 kekal hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat... =) ni ada artikel dr beautiful nara... copy and paste...

Semalam di Golden Palm Tree Resort, Sepang bersempena dengan program Amazing Race Bujang Sepah, salah seorang anggota kumpulan Sepah iaitu Shuib telah mengakui yang dia sudah bertunang dengan Siti Sarah. Tahniah kami ucapkan. Kami turut berada di sana semasa pengakuan ini berlaku. Nampak Shuib masih malu-malu kucing untuk mengakui statusnya. Katanya pihak keluarga Siti Sarah mintak dirahsiakan bab pertunangan ini kerana takut jodoh tak sampai.

Apa pun selepas bertunang pada 16 November, majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada bulan Januari 2011. Tapi tak tahu lagi bila sepah Shuib pun tengah sibuk dengan shooting semua. Apa pun kami doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Kata orang time bertunang nie darah tengah manis. So kena jangan ikut emosi sangat. Tak gitu? Sekali lagi tahniah kami ucapkan atas pertunangan ini.

Nantikan cerita kami tentang drama bersiri terbaru Sepah yang bakal menggegarkan Astro Prima tak lama kami. Untuk pengetahuan, kami suka gile dengan lawak kumpulan Sepah ini walaupun lawak diorang agak kasar. Kena dengan jiwa kami.

sumber : http://beautifulnara.com/tahniahshuib-sepah-sudah-bertunang-dengan-siti-sarah/

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign