Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 27 DIS 2010: Selain perkahwinan artis, kisah perceraian selebiriti tanah air turut menjadi tumpuan serta mendapat liputan luas daripada pihak media walaupun itu merupakan sesuatu yang tidak enak untuk di dengar.
Bukan sahaja media, malah peminat juga u ingin mengetahui punca dan bagaimana sesebuah perkhawinan artis itu boleh berakhir begitu saja. . Bagi tahun 2010, terlalu banyak kejutan yang tidak dijangka apabila ramai artis dan selebiriti tempatan mengambil keputusan untuk bercerai. Mari kita imbas kembali kisah perceraian mereka bermula dari awal hingga akhir tahun 2010.
Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Ash & Dira
Ramai yang berpendapat pasangan yang pernah menyertai program menari realiti Sehati Berdansa ini seperti sudah terkena badi yang menyebabkan mereka boleh bercerai berai. Susah nak percaya tetapi itulah apa yang telah banyak terjadi kepada kebanyakan bekas peserta program tersebut.
Pada awal tahun 2010, dunia seni hiburan telah digemparkan dengan bekas peserta pasangan selebriti program Sehati Berdansa bagi musim ke-3 iaitu Ash dan Dira yang bercerai pada tanggal 8 April lalu. Seperti biasa sebab musahbabnya tidak diberitahulah tetapi keretakan rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula dapat dihidu oleh beberapa pihak media.
Namun baik Ash mahu pun Dira, mereka mengakui masalah rumahtangga mereka itu sudah mula timbul sebelum mereka menyertai Sehati Berdansa lagi. Pasangan ini dikurnaikan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berada dalam jagaan Dira.
Pelakon, Model, Aleeza Kassim, 39 & Mohd Fauzi Che Ros, 45
Selepas peminat digemparkan dengan perpisahan pasangan selebriti suami isteri Ash dan Dira, tidak lama kemudian hanya selang beberapa hari sahaja pelakon dan peragawati terkenal, Aleeza Kassim, 39, turut dilaporkan sudah bercerai oleh suaminya Mohd Fauzi Che Ros dengan talak satu.
Walaupun hanya mampu mempertahankan rumahtangganya selama hampir empat tahun bersama usahawan dan ahli perniagaan berusia 45 tahun itu, namun model dan pelakon jelita ini telah mengambil keputusan untuk merahsiakan punca perpisahan mereka. Sebelum itu, mereka telah dilaporkan bercerai pada Februari lalu. Namun mahkamah mengesahkan bahawa perceraian tersebut sebagai tidak sah.
Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Sabrina & Shahrin
Seorang lagi bekas pasangan sehati berdansa disahkan bercerai pada sekitar bulan Mei. Pasangan tersebut adalah Sabrina dan Shahrin dan ini telah menjadikan mereka pasangan ke-6 yang bercerai selepas menyertai program ini.
Apa yang pasti, baru-baru ini Sabrina mengakui dirinya sudah pun berjumpa dengan sesoroang yang boleh mengisi kekosongan hatinya. Kekasih barunya itu adalah seorang bujang dan dikenali sebagai Amir, 28. Mereka dijangka berkahwin pada tahun hadapan.
Hasil perkahwinanan Sabrina dengan Shahrin, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun, Ariyana.
Bekas Personaliti TV, Azrinaz Mazhar & Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah
Jika kes perceraian ini hanya popular di kalangan artis, ia juga tetap berlaku di kalangan keluarga diraja. Pada 17 Jun 2010, Malaysia dan Brunei digemparkan dengan berita Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri baginda yang juga bekas pengacara TV, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar yang telah dikahwininya sejak 5 tahun yang lalu.
Ad aura-ura mengatakan punca perceraian mereka adalah sebab sikap tamak Azrinaz yang gilakan harta, namun semuanya hanya sekadar gosip semata-mata dan sehingga kini ramai yang tidak tahu sebab musababnya.
Apapun, sepanjang tempoh 5 tahun hidup sebagai suami isteri, Sultan Brunei dan Azrinaz telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,4, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.
Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Ngasriah Ngasri atau Anne & Abdul Wafi Hassan
Sedih juga rasanya bila mengenangkan nasib pelakon berbakat Ngasriah Ngasri atau Anne, 26, yang terpaksa bergelar janda pada usia muda. Lebih menyedihkan lagi bila melihat Anne diceraikan dengan talak tiga dalam keadaan berbadan dua selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan penceraiannya bersama bekas suaminya Abdul Wafi Hassan, 28, pada 25 Jun lalu.
Anne yang sudah 2 bulan duduk berasingan dengan Wafi sejak bekas suaminya melafazkan cerai kali yang ketiga, kini hanya mahu memberikan fokus dan tumpuan terhadap dirinya berserta kedua-dua anaknya yang masih kecil iaitu Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri, 4 bulan.
Seperti biasa punca perceraian tidak diketahui cuma d aura-ura mengatakan Wafi bermain kayu tiga dengan bintang Akademi Fantasia, Noni, namun perkara itu sudah dinafikan oleh Nonie sendiri.
Aktres, pengacara, Maya Karin Roelke & Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah
Kisah keretakan rumah tangga mereka ini sudah mula disedari ramai apabila mereka berdua hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Jun 2010. Biarpun ianya dilakukan secara rahsia, namun pihak media akhirnya dapat menghidunya juga.
Pun begitu, masing-masing hanya mengunci mulut tentang soal kehadiran mereka di mahkamah. Namun pihak media difahamkan Maya dan Steven hadir untuk mendaftarkan perkahwinan selepas berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 lalu.
Walau bagaimanapun, lebih kurang sebulan selepas itu, pada tanggal 16 Julai 2010 Aktres Maya Karin Roelcke, 29,dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 39, telah rasmi bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Pemain Badminton Negara, Roslin Hashim & Norhayati Othman
Ini kisah selebriti sukan pula yang popular dengan perkahwinan singkat, siapa lagi kalau bukan Roslin Hashim. Jika perkahwinan pertamanya dengan Faizah Mohamad, 32, pada 30 Januari 2009 hanya mampu bertahan selama 12 hari, perkahiwnan keduanya bersama Norhayati pula hanya bertahan sebulan.
Perceraian kedua berlaku ketika isterinya menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, dan menjumpai Roslin berudua-duaan bersama produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30.
Pada 2 September 2010, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu. Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Aktres, Aida Khalida & Joe Radzwill
Selepas hampir sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan Joe Radzwill dan Aida Rahim @ Aida Khalida bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.Kemelut yang membelenggu pasangan itu juga akhirnya selesai setelah mereka bercerai secara baik di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Joe kemudian telah melafaz cerai talak satu terhadap Aida pada 26 Ogos 2010.
Aida dan Joe (Ismail Ahmad @Mohd Radzwill), bernikah di Yala, Selatan Thailand pada 6 November 2002. Pasangan ini kemudian pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 12 September 2009.
Aktor Badrul Muhayat & Julia Daud
Siapa tak yang tak kenal dengan actor kacak, Badrul Muhayat, 42, yang memang terkenal dengan perangai playboy walaupun sudah bergelar suami dan bapa. Sepanjang tahun ini sahaja isu hangat yang diperkatakan adalah kekejaman Badrul terhadap isterinya, Julia Daud, 29. Akibat perbuatannya itu, Badrul pernah ditangkap polis pada 31 Mac lalu.
Selepas Badrul dibebaskan, dia terus kembali kepada perangai asalnya, malah dia juga bertindak kejam apabila sanggup mengasari isterinya dan merampas wang jaminan mahkamah RM2,500 (kompaun) sebelum melarikan diri.
Sehubungan itu, Julia membuat satu lagi laporan polis berhubung kejadian terbabit sebelum dia akhirnya nekad membuat tuntutan cerai kerana sudah tidak tahan menempuh kehidupan bersama pelakon terbabit sejak empat tahun mereka berkahwin. Mereka akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kajang pada 22 September2010.
Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin & Adzmin Tan Sri Osman
Setelah digemparkan dengan berita penceraiannya sejak Ogos yang lalu, penyampai radio terkenal, tanggal 7 Oktober Raja Azura telah disahkan bercerai talak satu melalui satu prosiding tertutup pada 28 September lalu.
Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, disahkan bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, di sebuah Mahkamah Syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.
Kak Engku berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.
Tiada khabar lanjut dinyatakan sama ada perceraian pasangan itu adalah disebabkan kehadiran pihak ketiga kerana menurut sumber berkenaan, Kak Engku tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya.
Bekas Pasangan Sehati Berdansa Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein & Noor Diyana Muhammad atau Nana
Mereka merupakan bekas pasangan program Sehati Berdansa yang terakhir bercerai pada tahun ini.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka sebagai suami isteri, termasuklah menggunakan keluarga masing-masing sebagai orang tengah. Namun, tiada sebarang keputusan yang dapat dicapai oleh anggota kumpulan Ruffedge yang juga seorang pelakon, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 27, dengan isterinya, Noor Diyana Muhammad (Nana), 26.
Dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah menerusi hakim Zainoor Rahsid Hassin membenarkan Sein dan Nana untuk bercerai secara baik pada 8 Disember lalu. Sein dan Nana mendirikan rumahtangga pada Julai 2006 dan ahsil perkongsian hidup mereka dikurniakan 2 cahayamata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3 dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.
Aktres popular, Ida Nerina Husin & Sha'rin Mohammed Razali
Nampaknya, aktres Ida Nerina dan bekas anggota kumpulan Blackrose, Sharin antara pasangan yang terakhir yang disahkan bercerai pada hujung tahun ini iaitu, 13 Disember lalu. Menurut sumber perceraian berlaku selepas pasangan itu mencapai persetujuan untuk mengakhiri ikatan perkahwinan yang terjalin empat tahun secara baik.
Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan Sha'rin sendiri kerana mendakwa dia sudah melafazkan cerai terhadap pelakon yang terkenal melalui filem Susuk itu pada hari raya Aidilfitri kedua pada 22 September lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Jun 2006, namun belum dikurniakan cahaya mata, tetapi menerusi perkahwinan pertama, Sha'rin mempunyai dua anak, iaitu Narissa,14 dan Arman, 8.
No comments:
Post a Comment