blog kay & yana: Pembunuh Along Spoon ke Tali Gantung

Pembunuh Along Spoon ke Tali Gantung

04 November 2010

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung yang dijatuhkan oleh mahkamah tinggi terhadap seorang anggota polis dari cawangan pengiring kuala lumpur atas tuduhan membunuh dengan niat penyanyi kumpulan Spoon iaitu Sabi'ul Malik Safiee 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Lans Koperal Mohamed Ya'cub Demyati kerana bersalah membunuh Along Spoon.

Kronologi Kes Bunuh Along Spoon

*25 Disember 1999-Penyaniy kumpulan Spoon yang popular dengan lagu Rindu Serindu-rindunya dilaporkan hilang ketika usia beliau 20tahun.

*6 Januari 2000- Polis menjumpai rangka manusia yang disyaki Along dilereng bukit di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting peras Jelebu.

*7 Januari 2000- Seorang polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki membunuh Along

*19 Januari 2000- Anggota polis dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Kuala Lumpur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along

*10 April 2002- Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman mati ke atas polis tersebut kerana membunuh Along

*29 September 2009- Mohamed Ya'cub membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit hukuman mati ke atasnya.

*2 November 2010- Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban terhadap Mohamed Ya'cub yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.


Hmmmm.....harap-harap roh Along tenang bersemadi setelah Mahkamah memutuskan hukuman mati ke atas pembunuhnya......

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign