Murai Batu tak tahu macam mana nak memulakan cerita ini. Sedang Murai Batu sedap-sedap bersantai di rumah, sekali kawan rapat Murai Batu menghubungi Murai Batu lalu menyampaikan cerita sadis ini.
Kata teman baik Murai Batu, pengacara comel, Jimmy Shanley dengarnya akan hadir ke mahkamah syariah dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkenaan rumahtangganya. Tapi jelas teman Murai Batu dia sendiri tak pasti kehadiran Jimmy ke sana untuk mendapatkan kaunseling atau berbincang tentang prosedur perpisahan.
Emm, sedih juga Murai Batu mendengarnya, tapi tak tahulah betul atau tak cerita tersebut. Murai Batu harap sangat cerita itu tak betul. Yelah usia perkahwinan mereka belum pun masuk dua bulan dah dilanda badai. Lebih menyentuh hati Murai Batu ialah isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani pun baru sahaja disahkan mengandung sebulan.
Memang sebelum ini Murai Batu ada mendengar kisah pergolakkan rumahtangga mereka namun Murai Batu ingat semuanya hanyalah khabar angin. Apa pun Murai Batu harapkan sangat cerita tersebut yang hanyalah satu omongan kosong saja.
Sekiranya betullah kisah ini, Murai Batu harap sangat Jimmy dan isteri banyak-banyak. bersabar. Tapi sekiranya tak benar, Murai Batulah insan pertama yang gembira kerana sekurang-kurangnya mahligai yang dibina pasangan itu masih lagi utuh.
sumber: www.murai.com.my (http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=8367&c=2&s=3)note: sayangnye klu mereka bercerai... apatah lagi si isteri sedang mengandungkan anak mereka... mudah-mudahan mereka temu jalan yg baik utk semua pihak
No comments:
Post a Comment