blog kay & yana

Kelas Renang Putrajaya & Kelas Taekwando Putrajaya

28 November 2013
Lama gile tak updated blog kan kan kan. Apa boleh buat.. Macam macam alasan nak bagi. Tapi alasan yang paling senang MALAS. kan? hehehe.. 

Rayyan Danish ni aku tengok sekarang makin tak suka bersosial... eh? jangan salah sebut ye. hahaha... Aku dengan Kay ada masalah yang mana bila kawan kawan sibuk main itu ini nak dapatkan hadiah, dia lebih rela merengngek kat aku dan Kay untuk dapatkan mainan. Bila dah dapat mainan mainlah sorang sorang kat mana mana yang suka. Bila suruh dia join kawan kawan main sukaneka dia buat tak tahu je. Malu katanya. Hadoi.. dah macam anak dara dah. 

So aku pun discuss dengan Kay. We need do something for him or else he will be anti social.. Gagahlah aku google aktiviti untuk umur dia for next year. Biar dia enjoy sampai hujung bulan 12 ni. Then we have more assertive to him. Tu dia bila mak fening speaking. So aku decide nak masukkan dia kelas berenang on Saturday dan kelas Taekwando on Sunday.. 


Sebelum tu aku dah daftarkan Rayyan untuk Kids Free Trial. Kalau ok baru dia boleh start dengan first class dialah.. 1 Trainer akan jaga 4-6 orang kanak-kanak. 4 sesi RM120 termasuk yuran masuk kolam. Siapa-siapa yang nak masukkan anak dia kat kelas berenang area putrajaya ni boleh call Ms Ben di 017-2324132 . Ms Ben is very friendly. hehehe.. Ahad petang pula aku nak hantar Rayyan untuk kelas Taekwando. Dah call Sir Stephen. Kelas Taekwando ni dibuat di Presint 18 je. So senang. Sebab dekat sangat dengan rumah aku. Kelas Taekwando ni setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Yuran pendaftaran RM30 Yuran bulanan hanya RM30. So harap sangat Rayyan Danish akan beri kerjasama nanti. Amin. 

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Tudung yang aku pakai ni dari

Facebook : ScarfbyNM
email : scarfbynm@gmail.com
wassap : 014-2007140 / 012-9031706

kain dia sangat selesa. Tak panas. Kombinasi warna pun sangat cantik. Aku memang suka shawl yang macam ni. Senang bentuk,. Senang jugak nak gosok. Ada banyak pilihan shawl yang dijahit sendiri ye oleh owner ScarfbyNM ni. Korang bolehlah terjah Facebook dia kalau nak tengok pilihan tudung yang mereka ada. 


Bisnes Online Pilihan Yana dan Income Yang Yana Impikan Dari Bisnes Online

25 November 2013
Assalamualaikum

Selepas kita memahami konsep Bisnes Online dengan beberapa pandangan saya seperti di entry Bisnes Online Menurut Pandangan Yana  , mari kita lihat pula apa Bisnes Online Pilihan saya.

Bisnes Online Pilihan Yana

Ada banyak pilihan Bisnes Online yang boleh kita pilih. Tapi saya memilih untuk menjalankan Bisnes Online saya dengan program Dropship. Apa itu Dropship? Dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang mudah dimana program Dropship ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjual tanpa mengeluarkan modal dan tidak perlu menyimpan stok atau barang. 



Bagaimana Dropship ini berfungsi? Merujuk kepada gambar rajah di atas, dimana Reseller yang menjadi agent Dropship mempromosikan barang-barang daripada pembekal melalui media-media sosial yang ada. Kemudian apabila pelanggan ingin membeli produk atau barang tersebut, pelanggan boleh membayar terus kepada Reseller dan Reseller akan membuat bayaran serta tempahan kepada pembekal dengan harga yang lebih murah. Selepas itu, pembekal akan menguruskan hal-hal pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan dengan menggunakan alamat Reseller. Oleh itu, pelanggan akan fikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada Reseller. Mudah bukan...? Risiko rugi tiada kerana sebagai agent dropship saya tidak perlu menyimpan stok.Walaupun untungnya tidak banyak, tetapi bagi saya, program Dropship adalah satu program yang sempurna untuk saya belajar selok belok Bisnes Online. Dan sebenarnya jika seseorang yang menjalan perniagaan Dropship ini ingin mengaut keuntungan yang banyak, dia boleh meletakkan harganya sesuka hati dan semuanya terpulang kepada kita untuk menentukan keuntungan kita. 

Selain itu juga, saya juga sedang belajar untuk menggunakan platform Blog sebagai Bisnes Online saya. Yang ini saya perlu belajar daripada sifu-sifu yang hebat hebat seperti Eyriqazz, Denaihati, Kak Yan, Redmummy dan ramai lagi... Mereka menggunakan Blog mereka dengan menyediakan perkhidmatan Advertorial. Bagi saya mereka adalah blogger blogger yang hebat kerana mampu menjana pendapatan hanya melalui blog sahaja. Saya harap satu hari nama blog saya akan sehebat mereka. Insha Allah. Siapa yang tak mahu jadi surirumah sepenuhmasa tapi dalam masa yang sama mampu menjana pendapatan 4 angka kan?? contohilah salah seorang sifu ku.. kak yanmie. 

Income Yang Saya Impikan Dari Bisnes Online

Setiap orang yang menjalankan peniagaan tidak kiralah secara online ataupun offline pasti mempunyai target income yang tersendiri. Mana ada peniaga yang mahu rugi sentiasa kan..? Bagi peniaga yang baru seperti saya, income yang boleh dikatakan balik modal cukup memadai. Tetapi dengan Bisnes Online yang saya pilih tentunya balik modal bukanlah masalah bagi saya kerana Dropship hanya memberikan keuntungan kepada saya walaupun hanya RM50.00. Tetapi saya mengimpikan income yang sama seperti yang lain. Daripada 2 angka ke 3 angka.. dari 3 angka ke 4 angka dan dari 4 angka saya mengimpikan income saya mampu menjadi 5 angka. Siapa sangka daripada untung Dropship saya mampu menjana income yang saya impikan dan sekaligus saya mampu memberi peluang kaedah Dropship ini kepada mereka yang lain pula. Tiada apa yang mustahil bukan? Saya juga mengimpikan untuk mendapat income 5 angka daripada blog. Gunakan peluang yang ada untuk berjaya mencapai apa yang kita impikan. Belajar , Usaha, Doa dan Tawakal. 




Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang, Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

18 November 2013
Dah lama kot tak join GA atau Segmen yang bertemakan suka suka ni. Kenapa? Entah.. Takde alasan. Tapi kali ini rasa nak join pula. Kenapa? Saja suka suka. Masa Rayyan dulu aku rajin jugak join GA / Contest yang melibatkan baby ni. Kesian Aryan tak pernah lagi aku masukkan dia kat mana mana GA. So tak salah kan kali ni aku joinkan Aryan pulak dalam Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je anjuran blog Bicara Mak Dara .. gitew..



Mak Dara minta serlah kan tang mata tu. Mata budak sorang ni memang bulat. Chinese suka bebeno tego anak teman ni hah.. katanya mata Aryan cantik macam gegurl.. redha jelah dik.. hehehe. Good luck Aryan...!!!

Kalau korang nak join segmen Mak Dara ni boleh klik SINI ye.

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign