blog kay & yana: Harga topup naik 15 September ni, kena cukai 6%

Harga topup naik 15 September ni, kena cukai 6%

09 September 2011

Agak mendukacitakan buat semua pengguna pelan talian prabayar seluruh negara kerana kini kesemua penyedia rangkaian komunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi dan lain-lain akan mula mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% bermula pada 15 September 2011 bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar dan juga pembelian kad-SIM prabayar yang baru

haih... kenapelah perlu ada cukai untuk topup ni? tak cukup lg ke cukai yang ada sekarang nih...kesian pada mereka yang berpendapatan rendah macam student tu... mereka lebih selesa dengan topup sebab topup lebih jimat berbanding bil... kenapa org2 atas ni tak reti nak faham kedudukan org2 bawahan... cukai ni sgt sgt sgt membebankan rakyat. utk ape cukai itu diadakan? ada pihak boleh tolong jawabkan tak?? bg aku mungkin takde masalah sebab aku pakai bil.. tp aku ckp bg pihak mereka yg menggunakan perkhidmatan topup nih.. terasa mcm menganiaya mereka. bukan ke syarikat-syarikat telekomunikasi dah cukup kaya raya? kenape perlu amek kesempatan pada org2 yang tak berapa nak kaya nih dengan mengadakan cukai? kenapa perlu membebankan mereka dengan cukai yang agak tinggi tuh? 6% tu SGT SGT SGT MENCEKIK DARAH okeh... klu nak menjimatkan kertas ataupun kad kad topup, apa kata cari solution lain cthnye top up gune online... knp perlu kenekan cukai? topup ni diambil dr obersea ke??? ada sesape boleh jawab soalan aku tak? aku bukan ape.. terasa mcm ada sesetengah pihak ingin mengambil kesempatan pd org org yg berpendapatan rendah... sgt sgt sgt tidak prihatin kan...

cuba bayangkan kalau dulu kita topup sekali RM10. sekarang ni topup sekali RM10.60 kalau topup lg sekali RM21.20. rugi RM1.20. padahal dieorang dok kumpul duit utk beli topup sampai ikat perut. kenapalah mereka-mereka tak pernah fikir pakai otak dan buat kajian kesannya sebelum kenekan cukai nih????? tulah die.. org kaya yg dah memang kaya akan lg kaya dengan menindas org yg tak berapa nak kaya... so, harap2 kerajaan MALAYSIA lebih peka dengan kesan dan akibat pada RAKYAT yang tak berapa nak kaya sgt ni... tolonglah ingat slogan yg diagung-agungkan tuh 

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

sekian.


2 comments:

  1. aduh... mslshnyer kiter kena gaks topup kan?... hu3

    ReplyDelete
  2. kalau tak silap, kali ni telco yg ambik untung...
    kerajaan still dapat sama macam before this, tapi kali ni 6% tu telco yg akan ambik...

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign