blog kay & yana

HADIAH BUAT SEORANG GURU

24 November 2015



Last minute preparation.. Ginilah jadi mak superbizi... serba serbi last minit... Hari Jumaat tu memandangkan bos outstation maka kita mintaklah izin keluar awal sikit nak cari hadiah cikgu.. Bos kita ni pulak punyelah sporting ok saja.. tak tahulah kalau dalam hati dia mengata..kikikiki... Takde idea sebenarnya nak bagi apa untuk kenangan cikgu cikgu Rayyan.. Lepas ni Rayyan tak sekolah kat situ dah.. Darjah 1 nanti sekolah lain pulak. So tak jumpa lah kawan kawan yang sekarang ni. 

Hadiah atau saguhati tu aku bagi sebab aku rasa cikgu cikgu ni perlu sangat dihargai.. Tanpa cikgu anak anak kita tak kenal huruf tak pandai membaca tak pandai mengira... Kita nak mengajar tu boleh tapi mampu ke ibu bekerjaya macam aku ni lakukan tugas seorang guru di rumah sahaja... Orang lain tak tahulah sebab aku rasa macam tak mampu. Ulangkaji tu okeh...Nak mengajar tu susah.. hihi.. Nampak pemalas kat situ kan kan kan... 


Cikgu yang paling mencabar aku rasa cikgu tadika.. Sebab dari cikgu tadika ni lah anak anak kita kenal huruf ABC.. kenal nombor 123... benda benda asas.. Dah masuk sekolah rendah mereka dah ada asas membaca dan mengira. Di advancekan aje. Jadi nak mengajar yang asas tu bukan senang ye tuan puan.. eh dah macam public speaking pulak.. ahahahha....

Aku pulak jenis pattern mak mak yang memang suka bagi hadiah kat cikgu cikgu.. Dulu masa Rayyan nak masuk pra aku bagi jugak hadiah kat cikgu taska dia.. Cikgu tu lagi banyak jasa sebab ajar Rayyan dari dia 3 tahun sampai 5 tahun.. tu yang manja terlebih tu... 

Aku harap cikgu cikgu yang pernah mendidik Rayyan Danish takkan lupa kan dia.. Terima kasih kerana mengajar Rayyan Danish. Minta halalkan ilmu cikgu cikgu.. Doakanlah dia berjaya di dunia dan di akhirat. 

Gambar Rayyan dengan cikgu Pra lupa nak snap..hihihi..

Thanks for reading gais..! ;)



CUTI SEKOLAH

23 November 2015

Seronoklah budak budak sebab dah start cuti sekolah.... Rayyan kali ni aku tak hantar balik kampung sebab mak mertua mai datang rumah aku duduk sekali nak jaga cucu cucu dia...hihihi.. Tapi Aryan aku tetap hantar pergi sekolah sebab dah bayar duit taska.. Lagipun 2 beradik ni tak boleh melekat sentiasa nanti ada yang lebam lebam badan kena gigit la kena cubit lah.. Bergusti la bergaduh tu pasti... 

Nampak tak muka happy sebab cuti sekolah yang panjang sudah bermula... So sempena cuti sekolah ni dia duduk la rumah diam diam buatlah aktiviti apa yang patut dengan mak ngah dia tu.. hihi.. yang seronoknya cuti sekolah kali ni aku tak perlu berjauhan dengan dia.. Alhamdulillah mak mertua sudi duduk rumah aku sambil sambil teman aku ni sambil sambil jaga Rayyan... Alhamdulillah.. Rezeki... Aku tak payah pening kepala fikir nak hantar Rayyan kat mana time cuti sekolah ni. Sebab cuti sekolah hujung tahun kan panjang. So aku plan nak letak dia kat taska Aryan je.. Kenalah korban wang kertas sikit... Sebab kalau hantar balik kampung lama sangat tak jumpa dia... nanti rindu rinduan tu lebih lebih pulak.. hihihi... Alhamdulillah Allah selalu permudahkan urusan hamba Nya.. Tak payah hantar balik kampung tak payah letak kat taska mak mertua datang rumah tolong jaga.. 

Hari ni Aryan pergi sekolah dengan semangat yang waja... ahahahahhaa.. Dia memang dah lama tak ke taska... Sejak mak mertua ada kat rumah dia memang duduk rumah sambil menghiburkan hati atok maknya itu... tapi hari ini cuti dia dah habis maka dia kena lah pergi sekolah.. 


Aku tak paham dia nak buat apa tu.. nak buat peace ke nak buat pistol tembak tembak ke... Lantaklah dik janji adik bahagia dan semangat nak ke sekolah.. hehehehe.. Alhamdulillah.. Walaupun dia da lama sangat tak ke sekolah arini dia ke sekolah dengan gembiranya.. hihihi

Apa planning korang sempena cuti sekolah ni? Mesti ada yang dah plan nak bawak anak pergi cuti cuti Malaysia kan kan kan... hihihi... Nanti share ye kisah cuti cuti malaysia korang tu... 

Thank you for reading gais .. ! =)

WARGA PUTRAJAYA BANYAK BERBELANJA...??

19 November 2015


Bila terbaca artikel ni apa korang rasa....? Warga Putrajaya banyak berbelanja? Dieorang buat statistik ni berdasarkan apa eyh.... Dieorang buat statistik je ke?? Tak kaji kenapa warga Putrajaya ni banyak berbelanja? For your information... warga Putrajaya TERPAKSA banyak berbelanja.. Because of what??? Barang barang yang dijual di Putrajaya semuanya mahal mahal belaka.. Everything.. Kos sara hidup di sini sangat tinggi.. KL pun kalah boh... 

Tengok jelah kos nursery berapa... Baby yang kejenya tido shj tupun RM550 per month... Kt kg aku baru RM300 paling tinggi.. Aku shopping barang dapur every month kat AEON BIG Alamanda... Barang yang aku beli setiap bulan sama je... Kicap, gula, minyak, sabun, ubat gigi, shampoo, susu anak, pampers anak. biskut, barang barang dapur lah... Di AEON Big Alamanda boleh cecah sampai RM300++ ... Aku shopping benda yang sama di FAMILY STORE MELAKA, total semua tu dalam RM200++ .. Beza dalam seratus jugak tu kan... so what do you expect Yang Amat Berhormat???? Please.. kalau tak tahu information tak payah buat statement or statistik begini... Buat hati yang penuh positif jadi sangat negatif... 


Aku share di FB.. Ada kawan kawan yang kena buat extra job untuk tampung kehidupan di Putrajaya... what do you expect YAB? Di sini penuh kedai mamak.. Sesuai ke konsep ELITE tu dengan Putrajaya bila mamak makin maju disini... No komen at all actually.. Just nak luahkan rasa geram di hati... We all not a rich person gais... Di putrajaya ni majoriti penduduknya adalah daripada golongan gred sokongan yang gaji bersih tak sampai pun RM5000. Korang rasa menteri stay Putrajaya ke?? So, pleaselah.. jangan la buat statement vangang ala ala nak bagitahu rakyat Malaysia sangat kaya sekarang ni.. 

Tapi kalau korang baca entry ni tolong doa kan aku kaya raya boleh duduk sini sampai pencen... AMIN... 

Thank you for reading gais... hanya luahan rakyat marhein.... =)

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign