blog kay & yana

Metrojaya Warehouse Sale PICC 2013

26 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah 
Salam Ramadhan



Seperti tahun tahun yang lepas, tahun ini juga Metrojaya akan mengadakan sekali lag warehouse sale daripada 24-28 Julai 2013 daripada jam 11 pagi hingga 10 malam. Pelbagai pilihan dijual di sana bagi umat manusia yang ada di Malaysia melengkapkan lagi persiapan sempena menjelang Hari Raya, Haruslah aku mengajak kay serbu PICC esok kan.. kalau korang nak tahu kami tak buat apa apa persiapan pun untuk Hari Raya ini. hehehe.. so aku harap dalam minggu depan semuanya akan lengkap. Insha Allah. 

Metrojaya Warehouse Sale at Putrajaya International Convention Center
24 - 28 July 2013
11am - 9pm

-Happy Shopping-
-sekian-

MIMPI

Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan

Aku tak tahu sebenarnya nak ceritakan daripada mana. erm... oklah.. ahad lepas lepas aku sahur dan solat subuh aku sambung tidur.. pada aku hari minggu adalah hari yang perlu digunakan sepuas puasnya. cas batery gitu. hihihi.. lepastu aku mimpi seseorang... seseorang yang aku sayang yang telah pergi meninggalkan aku dan keluarganya buat selama-lamanya. korang mesti kenal blogger Nurul Hezrina kan.. mummy kepada 2 orang puteri yang comel (Humaira & Sofia)... aku bukan mimpikan dia tapi aku mimpikan arwah ayahnya. arwah ayahnya adalah bapa saudara aku yang paling aku sayang. 



aku mimpi arwah datang ke rumahnya di Melaka. ketika tu aku seolah olah menetap di rumah tersebut bersama anak anaknya yang lain. nurul pun masuk dalam mimpi aku juga. hahahaha.. mula mula aku yang nampak arwah... aku kaget aka terkejut aka terkedu.. dalam hati for sure la rasa takut kan sebab dalam mimpi tu kami semua tahu beliau dah meninggal. then bila aku nampak dia dok jalan jalan sambil senyum kat aku, aku diam je.. sepatah haram pun aku tak cerita dengan sesiapa. lepas tu aku lepak dengan jaja (adik nurul no 2) dan secara kebetulan kami sama sama nampak arwah sedang lalu lalang depan kami.. aku tanya jaja.. " ja, ko nampak tak apa yang aku nampak" dia mengangguk, terus kami kejar arwah. bila kami dah dapat kejar arwah, kami nampak anak anak arwah yang lain dah keliling dia sambil peluk.. aku pun peluk arwah.. memang terasa pelukan arwah tuh.. dia nampak sangat sihat, muka dia sangat tenang, dia senyum sepanjang masa, arwah pakai songkok, baju melayu, dan kain pelikat masa itu. kami semua tanya "abah macam mana" dia cuma jawab "abah dah selamat dah. abah selamat".. arwah dok ulang ayat tu... lepas kami berborak tapi aku tak ingat borak pasal apa.. then aku terus bangun masuk toilet. lepas tu tak boleh tidur dah.. ingat nak msg nurul tapi aku taknak dia sedih nanti kalau aku cerita kat dia. 

bila aku cerita pada Kay, dia senyum je pastu dia cakap Arwah nak awak ingat dia la tuh.. herm.. mungkin.. lately ni pun banyak kali aku ckp ngn kay yang aku nak g kubur arwah hari raya nanti. harap harap tercapai impian aku.. amin.. aku pun sedekahkan al-fatihah dan malam tu aku sedekah beberapa ayat al-quran buat arwah ayah saudaraku. Abdul Halim bin Abdul Rahman. Al-fatihah

nurul : kalau ko baca cerita aku ni ko janganlah nangis ye. =) sebab masa aku taip cerita mimpi aku ni aku pun tengah dok tahan air mata. Insha Allah, arwah tenang di sana. doalah selalu sebab doa anak anak yang solehah akan bantu dia diSANA. Insha Allah. 

Ashraf Muslim , Dayana , Wan Sakinah

22 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Minggu lepas sehinggalah sekarang ini nama Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah menjadi perbualan kebanyakkan media. Kisah mereka hangat diperkatakan didada akhbar. Akibatnya hidup mereka menjadi buruan cerita setiap akhbar.


Mereka telah selamat diijabkabulkan di Thailand pada 7 Julai yang lepas. Kenapa harus di Thailand? jawapan hanya pada pasangan ini. Menurut Ashraf Muslim, pernikahan mereka direstui oleh kedua dua belah pihak dan ibu bapa Wan Sakinah menerima Ashraf Muslim menjadi menantu mereka. - tidak terfikirkan mereka ibu bapa mereka betapa hancurnya perasaan Dayana dan keluarga dengan penipuan dan sikap Ashraf Muslim? ibu bapa Ashraf Muslim takkan tiada rasa bersalah terhadap keluarga besan mereka? no komen


Bahagiakah dia diatas penderitaan orang lain... hati wanita ini tiada siapa yang tahu.


tiada apa yang perlu aku komen di sini.. kerana aku juga punya suami, punya keluarga. Tiada seorang pun isteri di dunia ini sanggup berkongsi kasih sayang suami. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang bahagia apabila suaminya memeluk wanita lain.. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang sanggup melihat suaminya menipu dirinya hidup hidup. TIADA. Apapun alasan Ashraf Muslim, caranya telah membuatkan orang ramai hilang hormat padanya kerana dia sendiri tidak hormatkan isterinya sendiri. 

Semoga Ashraf Muslim dan Wan Sakinah bahagia dengan perancangan mereka. Dan semoga Dayana terus tabah menghadapi dugaan berumahtangga. Semoga Allah SWT menjauhi bala seperti ini didalam rumahtangguku. AMIN.

kredit to : BEAUTIFULNARA

-Sekian-

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign