blog kay & yana

Kuat Merajuk

14 November 2013
Sekarang ni si abang kuat betul merajuk. Marah sikit merajuk. Cekak pinggang sikit merajuk. Dah serupa gegirl pula. Tak macho langsung. Entah kenapa buat perangai camtu aku pun tak pasti. Mungkin nak perhatian lebih dari adik. Mungkin.




Gaya gaya budak merajuk. Sekejap baring, sekejap duduk, sekejap tutup muka. Macam tulah. Padahal takde pun kena bantai ke ape. Marah sikit je pun dah merajuk serupa gitu. Pening jap. Bila tanya kenapa merajuk dia boleh jawab "takde apa".. panas tak? hahaha.. panas panas pun sayang ye...

Throwback : Mama Menunaikan Ibadah Haji

Alhamdulillah.. Rezeki mama tahun ni dapat ke Mekah. Tapi yang sedihnya baba tak dapat pergi sama. 
Mama pegi pun under kerajaan negeri Johor. Baba dapat pegi pada asalnya atas nama 'pengiring'.
Bila Arab Saudi mengumumkan pengurangan kuota, maka sape sape yang pergi atas nama pengiring tidak dapat bersama menunaikan haji pada tahun ini. Masa tahu berita tu, mama berbelah bagi juga nak pergi... 
Kalau pergi kesian baba tinggal kat sini.. kalau tak pergi sayang pula nak lepaskan macam tu je. Bukan senang nak dapat tawaran menunaikan haji dan siapa yang taknak pergi ke tanah suci kan? 
At last mama pergi juga walaupun tanpa baba disisi... Sedih gila kot. 


Aku hantar mama kt airport. Manusia punyelah ramai kat airport tu. Masing masing nak hantar mak ayah kat airport.. Nak hantar kat mekah memang taklah kan.. lainlah kalau aku keje stewardess ke?? eh ape aku merepek nih.. dush!!! layan gambar dulu eyh. 

Eh lupa.. mak ayah mertua adik aku pun hantar mama sekali. Terima kasih acik... =)


Adik aku yang bongsu adalah orang yang paling susah hati bila kena tinggal.. hahaha



Pas untuk ahli jemaah. wajib ada okeh




Bersama cucu cucu kesayangan. Abang sibuk sangat dengan bola. 

 

Motif ambil gambar Kay dari belakang? haha.. takde apepun.. Gambar ini menunjukkan betapa meriahnya airport Senai aritu. 


Budak sorang ini kalau suruh bergaya memang nombor 1.. cuba suruh dia tulis ABC.. banyak beno alasan.. Dush lagi !!!



Masa ni mereka masih boleh digelar pengantin baru.. ahaks.. 



Yang ni? owh.. dah setengah abad okeh... lagi 5 tahun boleh ambil gambar kat studio pakai baju perantin anak anak boleh pakai baju pengiring.. gituw... verangan memang no 1...


Ada miss communication sikit masa nak hantar mama masuk dalam. Ada yang ckp waris boleh hantar sampai dalam tapi bila kat depan tu kata tak boleh pulak.. aku macam bengang jugak dengan RELA RELA yang jaga kat situ. please get the correct information okeh... baba dah semangat nak hantar mama sampai dalam tetiba kat depan tu RELA tu tak bagi baba masuk... rasa macam nak fire je... emo tetiba kenn... so sampai kat depan tu jelah baba dapat hantar mama. Salam tangan baba pun ala kadar je sebab kejar masa.. sedihnya...


sedih kan.. confirmla nangis.. haih.. kalau baba dapat pegi sekali takdelah rasa sedih sangat kot. Aku nangis, adik aku yang bongsu lagilah. banjir dah airport tu dengan air mata kami adik beradik.. ok. merepek lagi.. 

----------------------------------------------------------
Kay ada amek video mama masa nak masuk dalam tu, sampai sekarang kalau aku tgk video tu confirm kena standby tisu... maklumlah tak pernah lagi aku jauh jauh ngn mama macamni punye jauh... 
----------------------------------------------------------
8.12.2013 mama telah selamat sampai ke tanah air. Alhamdulillah.. sepanjang mama di mekah aku memang selalu rindukan mama. Rindu sangat. Risau pun ada. tapi bila dah tahu mama dah selamat sampai sini lega selega leganya. Alhamdulillah. Aku tak sempat lagi nak jumpa mama. Masa mama sampai sini aku takboleh balik JB sebab adik ipar tunang. Jadi aku postponed balik kampung hujung bulan. Dapat gaji boleh berjimba kat JB. hahaha.. 

Bila dah tak dapat balik tu,  meroyan dengan adik aku suruh wassap gambar mama.. Adalah sekeping dua pastu hampeh... pemalas btol.. wassap dengan boyfriend sanggup bensengkang mata.. siap ko Kilah.. hahaha.. tak sabar nak balik kampung jumpa mama.. 


Bisnes Online Menurut Pandangan Yana

09 November 2013
Bisnes online menurut pandangan saya adalah sebuah perniagaan yang dijalankan oleh seseorang dengan menggunakan internet tanpa berhadapan dengan pelanggan. Di Malaysia, aktiviti bisnes online ataupun perniagaan internet semakin mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Perniagaan internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat-syarikat kecil mahupun peniaga kecil yang menjalankan perniagaan internet bagi mendapatkan pendapatan sampingan, walaupun mereka mempunyai pekerjaan yang tetap. Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan internet mempunyai impak yang besar kepada masyarakat disamping memberi kebaikan kepada peniaga mahupun pengguna.


Bagi usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan, bisnes online adalah pilihan yang terbaik dimana banyak kelebihan yang anda boleh perolehi antaranya :

1) Tidak memerlukan ruang pejabat 
Untuk memulakan perniagaan anda tidak perlu modal yang tinggi untuk menyewa kedai atau pejabat. Apa yang anda perlukan adalah talian internet, laman web yang simple tapi berkesan, hosting(tapak web) dan sebuah laptop atau komputer.  

2) Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka
Bisnes online tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai seperti perniagaan konvensional. Anda boleh melakukan secara bersendirian ataupun bersama pasangan anda di rumah. Selain itu anda boleh menjalani lebih daripada satu jenis perniagaan internet dalam masa yang sama. 

3) Menjimatkan kos promosi produk
Pihak peniaga online tidak memerlukan modal yang banyak bagi mempromosikan produk mereka. Mereka boleh menggunakan media-media sosial yang ada seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blogspot dan lain-lain lagi bagi melariskan produk mereka. Selain itu, peniaga juga boleh mengembangkan empayar perniagaan mereka dengan kaedah dropship dan agen hanya menggunakan talian internet. 

4) 24 jam
Tiada lagi istilah jam 9 pagi hingga 9 malam. Bisnes online ini boleh dilakukan bila-bila masa. 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Anda boleh melakukan bisnes anda dimana-mana sahaja dan anda boleh bercuti bersama keluarga dalam masa yang sama bisnes anda tetap berjalan seperti biasa. Seronok bukan?

5) Prospek begitu besar dan meluas
Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Menurut kajian statistik, dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 bilion orang, manakala pengguna internet di Malaysia adalah dianggarkan seramai 10 juta orang. Dengan beberapa kemahiran atau strategi yang hebat, anda boleh mengembangkan perniagaan anda hingga ke pasaran luar negara hanya menggunakan internet. 

6) Kebaikan kepada pelanggan 
Di zaman yang berteknologi tinggi ini, purata masyarakat menggunakan internet sebagai salah satu cara untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Ramai dikalangan kita khususnya wanita yang lebih suka membeli barang secara online berbanding di luar. Membeli secara online memberikan kita lebih banyak masa untuk membandingkan harga dan seterusnya membuat pilihan yang bijak dalam membeli sesuatu.

Selain daripada kelebihan-kelebihan yang saya senaraikan di atas, bisnes online ini juga terdapat beberapa risiko dan kesan yang negatif dimana peniaga harus melayan karenah pelanggan yang agak cerewet. Selain itu juga, kes-kes penipuan online sering juga berlaku kepada peniaga mahupun pelanggan. Seperti pengalaman saya dimana saya pernah tertipu dengan seorang peniaga apabila saya telah membayar harga barang tersebut, ianya tidak sampai ke tangan saya seperti yang dijanjikan. Kadang-kala ada juga barang yang tiba hanya Indah khabar daripada rupa. 

Kesimpulannya, pada pandangan saya bisnes online ini adalah satu platform perniagaan yang terbaik buat peniaga-peniaga terutamanya kepada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan ini. Bidang bisnes online sangat luas. Peniaga perlu mempunyai strategi pemasaran yang baik bagi bersaing dengan bisnes online yang lain. Berniagalah secara jujur supaya pelanggan anda akan sentiasa memilih anda. Bisnes online bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. Peniaga dapat keuntungan pelanggan pula dapat kepuasan membeli barangan tersebut. 

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja oleh MamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang, Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign