blog kay & yana

Contest Iphone 5S.. Siapa Nak? Jom Join Contest Ini..

09 October 2013
Assalamualaikum

SuperIbu.com ada menganjurkan satu contest yang sangat simple tapi hadiahnya Masya Allah sangat berbaloi.. Siapa yang taknak kalau ganjarannya adalah Iphone 5S kan? ditambahkan lagi dengan hadiah wang tunai. Siapa yang taknak kan? Siapa yang tak join memanglah rugi. Sebab cara nak join contest ini sangatlah mudah. Syaratnya adalah : 

A) Tulis satu entry tentang ulasan atau komen di blog korang tentang blog berikut :






Ulasan atau komen saya yang tak seberapa ini:

1) Blog vitaminIbu.com adalah blog yang berbentuk perniagaan, jadi blog beliau amat sesuai dengan template yang beliau pilih.


2) Tulisan dan gambar header agak kurang keceriaannya. Mungkin boleh tukar tulisan dan gambar di header agak ia kelihatan lebih menarik. 



3) Menu tab (navigation bar) di blog vitaminIbu.com membuatkan pembaca atau pelanggan beliau lebih mudah mencari produk atau apa sahaja yang diperlukan. Tidak perlu mencari melalui tab search atau list categories. Tapi mungkin boleh ditambahkan lagi satu tab untuk order form supaya pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat tempahan melalui SMS (seperti yang terdapat di sidebar vitaminIbu.com) atau melalui mengisi borang order form. Borang order form tersebut haruslah mesra pengguna dimana pelanggan tidak perlu mengisi terlalu banyak maklumat. Cukup sekadar nama, alamat, no tel, email, cara pembayaran dan senarai tempahan. 



4) Slideshow tentang Set Kehamilan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee membuatkan blog beliau bertambah menarik. Tapi mungkin boleh ditambahkan lagi dengan promosi promosi yang sedang berlangsung oleh pihak Shaklee agar pembaca atau pelanggan lebih tahu tentang promosi tersebut. Sebagai contoh di website Air Asia dimana sekiranya ada sebarang promosi mereka akan meletakkan promosi tersebut di slideshow website mereka. 



5) Blog yang simple dan tidak berat dimana tempoh loading blog vitaminIbu.com adalah pada tahap yang ringan. A good blog shoud be less than 100 KB. Blog yang tidak berat apabila loading dimana kita tahu sekiranya blog yang mengambil masa yang lama untuk loading membuatkan pembaca mudah bosan menunggu dan ini amat rugi bagi blogger yang menggunakan blog sebagai platform perniagaan mereka. 



6) Susunan di sidebar teratur cuma terlalu panjang membuatkan ia kurang kemas di footer blog. Saya cadangkan supaya di sidebar lebih kepada perniagaan, widget yang lain boleh diletakkan di footer blog supaya di side bar nampak lebih kemas dan menarik. 



Kesimpulannya, bagi saya blog vitaminibu.com sangat sesuai untuk dijadikan platform perniagaan, mesra pengguna, tidak mempunyai terlalu banyak widget yang boleh memberatkan tempoh loading, susunan yang kemas dan teratur. Semoga perniagaan Shaklee beliau berkembang dengan lebih maju lagi demi kesihatan dan kesejahteraan kita semua. Insha Allah. Pada sesiapa yang mahu membeli atau mencuba produk Shaklee ini bolehlah terjah ke Pengedar Shaklee Malaysia menjual Set Bersalin Shaklee. 






ok. syarat kedua kite review pula blog SuperIbu.com. 

1) Blog SuperIbu.com ini pada saya lebih kepada parenting dan banyak information tentang penyusuan dan tips tips kewanitaan yang boleh kita perolehi daripada blog SuperIbu.com ini. Bagi saya blog ini terlalu simple bagi sesebuah blog yang bertemakan parenting. 

2.) Header yang simple. Jika SuperIbu.com tidak mahu meletakkan gambar mungkin beliau boleh menukar tulisan header untuk kelihatan lebih menarik dan menonjol nama blog tersebut.

3.) Warna background yang menarik tapi boleh ditukarkan kepada warna yang lebih ceria sedikit. Pemilihan warna background blog tersebut boleh membuatkan pembaca tidak bosan melihat blog kita.

4) Menu tab(navigation bar) yang terdapat disebelah atas blog SuperIbu.com mungkin boleh ditambah lagi dengan banyak maklumat yang ada. Ini kerana blog SuperIbu.com penuh dengan ilmu dan pengetahuan serta cerita yang menarik yang boleh membuatkan pembaca ingin membaca setiap entry blog beliau.

5) icon icon di setiap comment pembaca sangat menarik dan comel. 

6) Susunan di sidebar blog SuperIbu.com boleh dikemaskan lagi dengan menambah beberapa widget yang ringan seperti visitor, top commentators dan lain lain lagi. 

7) Nama blog mudah diingati dan dieja. Nama yang mudah diingat dan dieja akan mudah berada di SEO. 

Kesimpulannya, saya rasa blog SuperIbu.com adalah blog yang simple, tidak mempunyai tempoh masa loading yang lama dan sangat kemas. Bahasa yang mudah difahami, penulisan yang terbaik serta perkongsian ilmu yang tak pernah jemu untuk dikongsi bersama. Untuk itu sangat rugi jika kita tidak mengenal dengan lebih mesra dengan empunya kedua dua blog diatas kan? Blog VitaminIbu.com dan SuperIbu.com adalah milik Puan Salwa dimana beliau adalah seorang ibu yang mempunyai 4 orang cahayamata. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee yang berjaya selama 16 tahun, Penasihat Penyusuan Susu Ibu Malaysia, Pengamal Kaedah Natural Parenting, Pengamal dan Penggiat Gentle Birthing Malaysia. Sangat hebat bukan... Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Ibrahim yang dilahirkan secara Gentle Birthing. Kini anak comel itu akan menyambut kelahirannya yang pertama.. 


buat Ibrahim, Selamat Ulang Tahun yang pertama. Semoga Ibrahim menjadi anak yang sihat, kuat dan soleh. Semoga Ibrahim sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala bencana dan malapetaka. Semoga Ibrahim membesar dengan sihat dan sempurna. Bertuah kamu mempunyai ibu yang sangat penyayang... 

Sekian, review yang ikhlas daripada saya. 

Pada kawan kawan yang nak join contest hebat ini sila lah ke link ini ya...





Setia Bersamamu JDT

Hati memang panas kalau diimbas kembali kekalahan JDT melawan TRW pada Sabtu lepas
Lagi panas bila ada fans TRW yang menghina mengutuk mencaci fans JDT

Tetiba hari ni aku baca satu blog yang aku rasa aku nak share dengan semua orang.. 
Suka sangat baca entry dari blog Cinta Itu Misteri
Aku ada ramai kawan kawan baik dari pantai timur.. tapi mereka tak pernah pun kutuk JDT okeh.. mereka sangat open minded.. we are 1 Malaysia.. so who are u to provoke our team??? 

copy paste from blog Cinta Itu Misteri... Salute dengan akak... this is LARKEN !!!

Masing-masing masih demam enam satu lagi, baik TRW mahupun JDT. Iya betul... JDT dah kalah itu pasti, tapi ingat... nasib TRW belum tentu lagi. Rancangan Allah baik sekali dan kami tidak pernah menyesali. 

Wahai penyokong TRW, berhentilah mengutuk mengeji mencaci. Apa yang kalian dapat, kerana sejak awal musim lagi kalian cukup benci dengan JDT? Apa sebenarnya salah kami? Budi bahasa budaya kita, rata-rata ada agama, tapi ayat tak pernah nak jaga.

Wahai penyokong JDT, bersabarlah... tetapkan jati diri. Jangan dibalas kata-kata mereka, kerana kita tiada kuasa. Kalau masih berbalas-balas juga, kita akan sama seperti mereka. Diamkan saja, tahun depan kita bangkit lagi dengan semangat baru yang lebih jitu.

Terima kasih TMJ kami kerana membawa arena bola sepak Malaysia ke mata dunia melalui experimentasi JDT. Mereka sudah nampak kita, tempiasnya kami rasa, di mana-mana saja mereka pasti memperkatakan curva kita. Kami sungguh pecaya TMJ akan memberikan sesuatu yang terbaik di musim depan nanti.

Untuk penyokong-penyokong tegar JDT berdiri bersama skuad BOS sejati, terima kasih segalanya. Sokongan yang diberi membakar semangat segenap jiwa anak jati JDT. Dari bayi kecil hingga veteren pencen, tak malu menggayakan jersi JDT tak kira mana mereka pergi. Lihatlah, di mana saja, walaupun kalah enam satu, tak pernah malu, bergaya penuh megah tak perlu goyah. Untuk semua warga, tetaplah menyokong negeri sendiri, tanah tumpah Johor Darul Tazim. Tapi......malang sekali bila anak jati turut sama-sama mengutuk mengeji. Bila menang bersorak tempiak, bila kalah mulalah berpaling tadah.

■■ Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah ■■


Seterusnya....

Harapan kami.....agar pemain-pemain baru yang bakal dipilih memenuhkan skuad JDT musim depan nanti, bermainlah dengan sepenuh hati. Jangan goyah kerana penyokong JDT tetap memberi sokongan tanpa henti, walau kalah kami tetap menyanyi memberi semangat baru agar dapat bangkit kembali.

Harapan kami......agar pemilihan pemain yang baru nanti lebih banyak anak jati, yang bermain untuk negeri sendiri kerana semangat anak jati lain sekali. Sanggup bermati-matian kerana di dalam hati tertanam sifat jati diri.

Mohon kembali...
♥ Irfan Fazail - Harimau Muda ♥ 
♡ Fazli Sas - Harimau Muda ♡ 
♥ Norazlan Bakar - Selangor ♥
♡ Fandi Osman - Harimau Muda ♡
♥ Rizal Zamri Yahya - ATM ♥
♡ Idris Karim - Negeri Sembilan ♡

《Kami terguris》









《KAMI PASTI BANGKIT》

Al-Fatehah untuk Arwah Adam Farish b. Muhamad Al-Hafiz....

note : Aku suke ayat akak ni.. "Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah"... hahaha.. pengulas sukan malam tu memang mcm lahanat.. hahaha.. asal aku dari JOHOR... setia aku bersamu JOHOR... 

Penghijrahan & office baru

Cerita lama
takdelah penghijrahan sangat
entry ni sempena wordless wednesday aku yang ntah keberapa ntah... tgk aje link ni

Setelah 7 tahun berada di pejabat yang sama kini tibalah masanya untuk aku mencari suasana yang baru
Bila dapat tawaran untuk berpindah ke pejabat yang lain aku dengan rasa berat hati menerimanya
Kenapa berat hati?
Sebab yang pertama, aku takut kalau tempat baru tidak seindah tempat yang aku ada sekarang ini
Sebab yang kedua, aku takut aku tak dapat kawan kawan yang baik macam sekarang ini
Sebab yang ketiga, aku takut bila aku berpindah keadaan aku bertambah buruk bukan bertambah baik
Dengan ketiga tiga sebab itu aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan akhirnya dengan perbincangan suami isteri aku menerima pertukaran ini dan menerima apa sahaja yang akan berlaku kelak



Bila terima surat pertukaran aku ni nak tak nak aku kenelah berpindah. mencari kawan baru dan suasana baru gituw. tapi kawan lama tetap di hati ken. hahaha
Perasaan time tu? macam macam okeh. excited  + nervous
Bila tiba masa aku melaporkan diri di tempat baru, alhamdulillah.. 
3 sebab aku takut untuk bertukar itu dah hilang serta merta
Alhamdulillah, bos aku sangat baik hati dan pemurah orangnya... yang penting memahami dengan title ibu anak kecil. 
Alhamdulillah, tempat yang indah, aman lagi bahagia
Cuma aku tak ramai kawan di sini. Mungkin sebab aku baru..(ok itu ayat nak sedapkan hati sendiri) hihihi
Tapi kawan kawan baru yang ada ni pun alhamdulillah baik baik belaka
Boleh dibilang dengan jari tangan campur jari kaki kawan kawan yang aku ada di sini
Tapi aku tetap merindui kawan kawan terbaik aku di sana. 
Semoga mereka tidak pernah melupakan aku disini. (mula sedih dah ni)



taraaaa.. muka yang bosan ken... layankan aje.. 
Semoga aku mendapat ilmu yang baru disini.
Selamat bekerja.


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign