blog kay & yana

Perjalanan Susu Ibu

10 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Setiap apa yang kita buat perlu ada niat dan usaha. Setiap apa yang kita mahu perlu ada azam untuk menjadikan niat dan usaha kita tidak sia sia belaka. 

gambar ini diambil ketika Aryan hampir 3 bulan. Masa ini kami dalam perjalanan pulang ke putrajaya.

Kali ini sebelum aku bersalin aku timba sebanyak mana ilmu mengenai susu badan. Alhamdulillah. Anak yang kedua aku lebih tahu tentang penyusuan susu ibu daripada anak pertama. Jadi persediaan lebih teratur daripada sebelumnya. Masa Rayyan Danish pun aku tahu agak lambat tentang penyusuan susu ibu.. tapi aku cuba untuk menyusukan dia selama mana yang aku mampu. Alhamdulillah. Setahun sebulan rezeki Rayyan Danish dapat merasa susu ku. Kini aku lebih bersedia untuk menyusukan Aryan Muzaffar dengan susu ku sendiri. Semoga Allah SWT memberkati niat aku. Insha Allah. Kini Aryan Muzaffar berumur 9 bulan dan masih menyusu badan. Alhamdulillah. 

gambar kredit to uncle google 

Aku masih menggunakan pam yang dulu. Tidak pernah bertukar. Hanya menghantar servis sebelum aku memerlukannya. Terima kasih Spectra 3 kerana telah banyak sangat berjasa dengan ku selama 4 tahun. Aku harap Spectra 3 mampu berjasa lagi dengan ku untuk 2 tahun lagi demi Aryan Muzaffar. Insha Allah. 

Aku mula mengepam seawal 3 hari kerana ketika itu Aryan Muzaffar dimasukkan wad kerana demam dan aku tidak boleh rooming in dengan dia. Susu di awal kelahiran memang berkhasiat. Pekat dan kekuningan. Demi Aryan Muzaffar aku gagah mengepam. Alhamdulillah 4 hari Aryan di wad aku boleh rooming in dengan dia. Selepas itu aku tidak mengepam lagi. Aku hanya direct breastfeed Aryan. 

 - hasil yang selalu aku dapat pada awal pagi. yang penuh itu sebelah kanan yang kurang itu sebelah kiri sebab bila malam tidur Aryan jarang bangun so bila dia bangun aku hanya bagi sebelah jelah

Hampir Sebulan aku berpantang di kampung barulah aku memulakan sesi mengepam. Pada mulanya memang tidak banyak hasil yang aku dapat sebab Aryan sentiasa menyusu. Aku boleh dapat hasil yang banyak pada awal pagi. Maka pada awal pagi aku sentiasa mengepam untuk dapatkan stok susu. Selepas itu aku rajin buat power pumping. Dengan power pumping, susu aku memang meriah pada keesokkan paginya. Bak pepatah orang lama... "sikit sikit lama lama jadi bukit". Alhamdulillah. Aku mampu buat stok untuk kay bawa pulang ke putrajaya. 

- hasil yang perlu kay bawa pulang. 

Aku selalu berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Aryan. Memang niat aku untuk menyusukannya sehingga dia berumur 2 tahun. Semoga Allah berkati niat aku. Amin. 


-we loves our kiddos so much-
-sekian-


Nom Nom Media’s Social Media Minds 2.0 survey!

09 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah



Monday Blues !! jom kita jawab survey daripada nuffnang. bila korang menjawab survey ini korang akan dapat RM1 yang akan dikreditkan ke akaun nuffnang ataupun churp churp... aku dah selesai menjawab... thanks to Solehah sebab aku buka blog dia pagi ini dan tahu pasal survey nuffnang ini.  Selamat menjawab ye kawan kawan. 

Kenaikan Minyak RON95

05 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah


Dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai kenaikan minyak RON95 pada 2 September yang lalu membuatkan ramai rakyat Malaysia kecewa dan marah termasuk aku. Tiada seorang pun yang suka apabila diumumkan harga minyak naik kerana bila harga minyak naik pastinya akan memberi kesan kepada semua barang barang yang ada di Malaysia ini. Maka banyaklah suara suara sumbang yang marahkan PM dan penyokong penyokong BN khasnya. Mainan politik katanya. 

Pagi ini aku baca satu entry di blog DENAIHATI yang bertajuk RON95 dialog panas dengan rakan Facebook .. boleh klik kalau korang nak baca entry beliau. Sangat menarik kerana disitu DENAIHATI mengetengahkan beberapa fakta yang aku rasa boleh buat rakyat Malaysia terima serba sedikit bahawa kenaikkan harga minyak ini bukanlah dari segi negative sahaja. Mungkin ada hikmah disebaliknya dimana bila manusia itu akan menjadi lebih rajin dan kreatif bila keadaan sedang terdesak. Apa yang perlu kita buat adalah terima dengan hati yang terbuka dan berusaha untuk menambahkan pendapatan keluarga. 

Kalau hendak dibicarakan dari segi kesan kenaikkan harga minyak ini memang banyak kesan yang buruk. Aku juga terasa dengan kenaikkan ini. Gaji aku dan kay pun tidak besar seperti PM dan menteri menteri yang lain. Bila PM umum kenaikkan minyak aku juga mula marah dan bosan dengan permainan mereka.. sebab apa? Sebab kita fikir secara negative. Janganlah kita menjadi orang yang sentiasa menunding jari ke arah orang lain. Belum tentu jika parti lain memegang Malaysia dia tidak akan menaikkan harga minyak. Maka marilah kita sama sama berusaha ke arah memajukan lagi pendapatan keluarga demi masa depan anak bangsa kita. Insha Allah. 

Aku suka dengan kenyataan dari DENAIHATI "Jangan jadikan emosi politik membara dihati sehingga hilang pertimbangan yang akhirnya kita juga yang rugi. Tunggu lima tahun lagi kalau harga minyak dunia masih sama USD106/barrel dan dunia masih aman seperti sekarang maka ramai-ramai pakat pangkah pembangkang. Kepada kerajaan Malaysia inilah masanya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memastikan barang keperluan tidak naik melambung setelah harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen juga RON97 naik 15sen,.. itupun kalau rasa nak terpilih lagi di PRU14"

Apa apapun korang ada pendapat masing masing. Ada yang marah ada yang so so... nak marah pun tak marah sangat.. tapi bagi kami dari golongan tengah ini memang sangat terasa. Apa apapun tarik nafas dan fikir secara positif... Insha Allah, Allah sentiasa bersama kita. amin

note: kalau berkesempatan aku akan kongsikan cara cara membuat duit dengan blog. Insha Allah. doa doalah penulis mai lurve ini sentiasa rajin ye.

kredit to DENAIHATI

-Sekian-

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign