blog kay & yana

Poligami

07 March 2012
Salam Muhibbah,

Lambat pulak updated blog hari ini... 
mohon maaf ye.. hehehe.. 
ok.. just nak share dua cerita.. 
cerita benar tau.. 
tadi pagi aku dengar hot.fm.. 
tajuk dia kali ni tentang poligami ataupun bermadu... 
madu mmg manis..
 tp madu yg berkongsi kasih sayang sgt pahit.... 
ok... let's read the first caller say...


panggilan pertama ni dari seorang perempuan... 

caller  : saya ada seorang kawan yang dtg mengadu bercerita tentang suaminya ingin kahwin lain.. so saya ckp dengan kawan saya tu, biar je dia kawin... kalau tak sanggup nak bermadu mintak cerai.. lelaki ni kadang kadang ada sifat kenakalan sikit.. bila kita cakap jangan tulah yang dia nak buat... so bagi dia rasa... sebab gaji dia takat tu je.. tak naik naik.. tapi dia kene tanggung 2 orang walaupun dia dah ceraikan kawan saya ni. After that, kawan saya ckp , lepas beberapa bulan dia kawin dengan perempuan, dia sedar yang die tak mampu nak sara perempuan tu. then dia back to my friend dan ceraikan bini no 2 tu. 
DJ: owh hebat betul.. bagi lelaki tu peluang utk kahwin lagi satulah kan... 
caller : tgk jugaklah sbb husband kawan saya ni mmg tak mampu nak sara dua bini. tp berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. 

lepas caller tu call, DJ menanti nantikan panggilan daripada orang lelaki pulak tentang pandangan positif poligami ni.. 
then adalah next caller.. 
lelaki

DJ : ok. apa yang boleh en X (tak ingat sape nama die) boleh share dengan kite tentang poligami nih.
caller : memanglah orang awam akan pandang negatif tentang poligami nih. dalam Islam pun kite boleh berpoligami tapi adalah syarat syarat yang perlu kite patuh. saya mempunyai 2 orang isteri. Isteri kedua saya adalah seorang GRO. Dia pernah bersama dan bersekedudukan dengan orang lelaki yang bukan muhrim selama beberapa tahun. Saya berjumpa dengannya bukan di kelab malam tapi hanya di kedai makan. saya mendengar ceritanya.. dia tak pernah balik kampung semenjak die menjadi GRO. dia tak solat. dia tak buat segala gala yang Islam minta...akhirnya saya ambil keputusan untuk menikahi dia dan membawa dia ke jalan yang benar.. Alhamdulillah, sekarang dia sudah bertudung, berjubah, dah mula solat, rambut dah hitam, dah kembali ke jalan yang benar... 
DJ terkedu... 
DJ : bagaimana u convince isteri pertama awak?
caller : sebenarnya isteri saya telah pun bersetuju dengan saya apabila kami berbincang dan niat saya hanya kerana Allah Taala.. saya sayangkan isteri saya kerana Allah Taala.. isteri saya sangat menyokong saya dan dia Alhamdulillah tiada masalah dalam berpoligami ni.. malah dengan keredhaan isteri pertama saya membuatkan saya bertambah sayang pada dia.. 
DJ terkedu lagi...
caller : saya menyeru la dan merayula pada lelaki lelaki di luar sana, janganlah kita memandang rendah pada wanita wanita seperti ini.. kerana disebaliknya mereka ingin berubah cuma tiada siapa yang ingin membantu mereka dengan ikhlas. Dunia ni bulat. Kalau harini kita menganiaya wanita, satu hari nanti kita ada anak perempuan, kita tak tau mungkin orang lain akan menganiaya anak kita pula.. 
DJ : saya sokong... 

terus lagu yang sgt syahdu berkumandang... aku pun tergamam...

note: mampu kah aku sekiranya kay minta kahwin lain... oh no..!! aku tak mampu.. aku tak mampu berkongsi kasih sayang... sbb aku nak die cintakan hanya aku seorang.. tp aku nak die cintakan aku kerana Allah SWT. amin.. 


Claim

06 March 2012
Salam Muhibbah,

Hari ni tak sempat nak post apa apa entry... sebab aku kena siapkan claim dua orang bos aku... PA lain buat claim satu je.. aku kena buat claim dua orang... hehehe.. kan best kalau aku dapat share.. barulah berbunga bunga hati nak buat claim dieorang... tapi tak bagi pun takpe.. sebab ni adalah salah satu daripada job description aku.. so, buat jelah kan.. klah.. nanti dah siap buat claim bos bos aku ni aku singgah umah korang semua yerk...  

-sekian-
 

Buffered Earning..

05 March 2012
Salam...

Dah lama En Nuffnang tak singgah blog aku... 
hehehe.. 
so dah lama la aku tak dapat Buffered Earning.. hehe.. 
tapi takpe.. 
aku updated blog pun hanya suka suka.. 
ada masa maka adalah cerita.. 
takda masa kite cari cerita di rumah orang lain pulak... 
macam mana untuk mendapatkan BE dari En Nuffnang
aku pun tak pasti mcmne.. hahaha... 
itu semua rezeki masing masing.. 
yang penting aku dah usaha, doa dan tawakal.. 
chewahh.. 
tapi mungkin ini boleh dijadikan panduan untuk aku dan juga korang yang nak BE bermain main di blog... 
kite cuba je ye dak.. 
cuba tak kena bayar kan... =)

 
Apa perlu saya lakukan untuk dipilih ke dalam kempen iklan?
Terdapat beberapa faktor yang diambil kira semasa kami memilih blog yang sesuai:
  1. Demografik pembaca blog
    Pastikan semua tinjauan blog anda dikemaskini dari masa ke semasa, ini dapat membantu pihak advertiser untuk mengenali blog anda dengan lebih baik.
  2. Lokasi ruang iklan di dalam blog
    Pihak advertiser telah membelanjakan wang yang banyak untuk rekaan dan pembelian ruang iklan. Oleh itu, mereka hanya memilih blog yang mempunyai lokasi ruang iklan yang optimum.
    • Unit iklan Skyscraper perlu berada pada lokasi paling atas di dalam bahagian sidebar dan tidak pada bahagian lain.
    • Unit Leaderboard perlu menjadi elemen pertama dan berada di lokasi paling atas dalam halaman blog anda, dan
    • Unit Large Rectangle perlu diletakkan pada akhir artikel blog pertama atau teratas di dalam blog anda.
    Sekiranya unit-unit iklan tersebut tidak berada pada lokasi yang betul, ini mungkin mempengaruhi bilangan pihak advertiser yang memilih blog anda.
  3. Jenis unit iklan yang tersedia di dalam blog
    Pihak advertiser membahagikan bajet mereka secara sama rata kepada tiga unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle). Sekiranya blog anda mempunyai kesemua jenis unit, anda dapat meningkatkan peluang untuk menjana pendapatan daripada beberapa kempen berbeza jenis unit iklan secara serentak.
  4. Status eksklusif keahlian
    Pihak advertiser akan lebih cenderung untuk memilih blog yang dimiliki ahli Glitterati Nuffnang kerana ia merupakan salah satu kelebihan program loyalti yang diberikan kepada ahli blogger kami yang paling setia. Ahli yang berstatus biasa tetap akan dipilih ke dalam kempen iklan, tetapi di dalam bilangan yang lebih rendah.
  5. Tempoh keahlian
    Sistem kami memerlukan tempoh 30 hari untuk meneliti konsistensi trafik blog anda sebelum ianya dapat dipilih untuk kempen iklan yang sesuai. Anda perlu bersabar dan yakin bahawa blog anda pasti akan dipilih dalam kempen iklan selagi ruang iklan di dalam blog anda adalah optimum.
 panduan ini aku copy paste daripada NUFFNANG.
btw, happy birthday NUFFNANG...!!!

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign