blog kay & yana

I'm Speechless & Crying !!!

02 March 2012
Salam Muhibbah,

Ini cerita petang semalam... aku telah dapat 'sesuatu' daripada kay... serious, aku tak sangka yang dia boleh buat aku speechless dan hampir hampir mengalirkan airmata.. kenapa?sebab nye, aku ingat dia lupa birthday aku.. yelah dia buat tak tahu je... aku pun rasa macam malas nak tanya dia itu ini... pada aku, kalau dia ingat, ingatlah dia tak ingat, biarlah.. dah tua kot nak ngajuk ngajuk... cuma aku rasa sedih + sebak lah... sbb aku memang tunggu wish besday daripada dia.. siapa lagi yang aku harapkan untuk doakan aku kalau bukan suami dan keluarga kan... 

menjelang 12 tengah malam aku terima ucapan pertama dari adik ipar aku.. thanks my Family In Law.. then diikuti dengan sms ucapan dari kakak ipar kesayangan aku. (sorang je pun kakak ipar.. mmglah sayang)... dan diikuti dengan sms dari mama baba adik adik dan kawan kawan.. tp sampaila ke esok harinya tiada ucapan hari jadi langsung daripada kay... dalam hati memang dah sebak... hurm... dia lupa hari jadi aku??? ok.. takpelah.. nak gado pun tak larat dah sbb sedar diri tu dah tua.. org ingat ,ingatlah.. tak ingat pun takpe.. sedih, kecewa dan sebak tu ada.. tp simpan sendiri sudah.. tunggu punye tunggu sampai dah sampai opis.. still takde apa apa dari dia.. sampai aku pun lupa dah hari tu hari jadi aku.. hahaha.. org yang ditunggu tak tiba jua... tapi...balik dari lunch tiba tiba..... jeng jeng... aku dapat ni..


dan ni...



rasa nak jerit pun ade masa tu...jerit minta ampun kt kay... hahaha.. speechless dan rasa macam nak nangis.. dah nangis kot tapi kene kaber kaber sikit.. budak office ramai pulak dok perati bunga yang i dapat nih.. fuhh.. tak sangka btul laki aku boleh wat sesurprise nih.. terus tersenyum sampai malam.. menyesal lak pakai baju buruk dihari jadi. kalau tak bleh berposing dengan sejambak bunga nih...


terima kasih daun keladi
kepada suami yang dikasihi
tahun depan belilah bunga lagi
syg suke giler surprise gini

hehehehe.... i love u so much.. and thanks pada korang yang telah wish besday aku semalam.. terima kasih atas doa kalian... amin... 

-sekian-

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

01 March 2012
 Salam u all,


Dah lama aku tak join segmen Ben Ashaari... 
kali ni aku terpanggil untuk menyertai segmen die iaitu 
dalam segmen ni kita perlu menyatakan kenapa blog kite harus dipilih untuk mereka meletakkan blog kite dalam bloglist dieorang. 
aku join segmen ini hanya semata-mata ingin menambahkan kenalan di kalangan bloggers.. dari situ kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita serta kita juga dapat berbagai bagai info serta ilmu daripada entry entry yang diupdated oleh mereka... 
mereka harus memilih saya kerana saya suke menulis dan bercerita tentang kehidupan seharian saya atau tentang apa sahaja.. 
dan saya harap penulisan saya sedikit sebanyak boleh membuatkan orang tersenyum dan gembira. 
InsyaAllah.

kalau korang nak join segmen Ben Ashaari ni boleh klik link kat bawah ni yer

 

DUA PULUH TUJUH

Salam,


Alhamdulillah... hari ini aku diberikan lagi peluang untuk bernafas dan menjalankan kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah Allah masih memberikan aku peluang untuk hidup di muka bumi ini sebagai hambaNya. Alhamdulillah, hari ini genaplah umur aku 27 tahun. Semoga Allah sentiasa melindungi aku supaya aku boleh menjaga keluarga ku.. semoga Allah sentiasa makbulkan segala permintaan ku dan doa ku.. Semoga aku bahagia dunia dan akhirat.. InsyaAllah... 

thanks to mama yang telah melahirkan aku pada hari ini.. syukur Alhamdulillah..
27 tahun yang lepas, pada tarikh 1 Mac, lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nur Arzieyana bt Ariffin

happy birthday to me...!!!
-sekian-
=)

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign