blog kay & yana

.......... 1 minit.....

21 March 2011
... 1 minit je aku perlukan utk menaip dan mengupdate blog... kepala tengah berdenyut2 sebab tak tdo malam tadi.. sakit belakang yg amat sangat.... kepala jugak serabut dengan macam2 benda.. kene settle jugak.. one by one... masalah pengasuh.. masalah nak train danish ke nursery... masalah sakit belakang sekarang ni amat memeningkan kepala sampai takleh tdo malam... masalah 5s kat ofis aku nih hah.. kdg2 mls nak amek port tp esok org admin nk dtg check... ntah btul ntah tidak entahlah... masalah mata aku sembap sekarang ni sbb tak tdo.. adoyai.. pale pening.. takpe... settlekan je dulu masalah-masalah yg ade.. harap2 takde masalah yg akan menyusul lagi.. bglah pale otak aku ni rehat... hurmmmmm....

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

PenGaruH iKLaN..

16 March 2011
... ini terjadi petang semalam... bile iklan pasal budak-budak je bukan main khusyuk lagi si rayyan danish nih... cubelah halang die tgk iklan.. mau die jerit kt kite blek.. bertuah btollah budak nih..hehehe.. kalau die tgh main kt bilik belakang ke kt dapur ke tetibe dgr suara budak2 terus die berlari kt depan tv.. pastu mulelah die berangan syok sendiri.. kalau budak dlm iklan tu berjoget die pun turut berjoget jugak.. so cute... tetibe macam tersedar dah beso dah anak bujang aku nih.. dah pandai dah buat itu ini... aku bersyukur sgt2 dengan kurniaan ALLAH SWT....SUBHANALLAH... betape sempurnanya ciptaanNYA... ok... back to the story... nak dijadikan citer petang semalam kuarkan iklan yg IBU, TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH KERANA MEMBESARKAN SAYA.. MENJAGA DAN MEMBELAI SAYA.,.. MENEMANI SAYA TIDO dan bla bla bla... korang tau tak iklan tuh... mesti korang taukan... sbb iklan tu satu hari dekat 50 kali die show... rayyan danish khusyuk btul tgk iklan tuh.. bile iklan tu habis je.. sambil gedik2 pandang aku die ckp BU...TIMA TATIH... senyum-senyum kambing pastu lompat2 kegembiraan.. aku gelak jelah... alahai anak aku.. pandai ckp dah... selalunye die ckp sepatah je.. ni dah tiga patah.. hehehe... aku suke sampai senyum ke telinga tgk gelagat anak bujang aku sorang nih... 

 
- time ni umur die dalam 10 bulan kot... bru nak belajar berjalan 
- kartun pun sekarang bukan main lagi die.. klu bleh nk dok btul2 dpan screen tv tuh.. ceh..

*aku tak snap pulak pic semalam... tak sempat pun.. dok gelak je tgk ragam die..
Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

HaRaMkaN BoToL SuSu BPA

15 March 2011
* UNTUK IBU BAPA YG PUNYA ANAK KECIL, SILA AMBIL TINDAKAN SERTA MERTA...*
PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.

“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.

“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.

Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign