blog kay & yana

NEW POST !

14 June 2022

Wow ! 
Punyalah lama tak updated diary kehidupan seketul Arzieyana 
Last posting 2017
sekarang dah 2022
hahaha 

Well helloooo my readers!
hmm nak start dari mana? 
Ayuhh start from reading other story. 
See u peeps! 

Emergency Operation untuk Kay

10 July 2017

Kami sampai di Zon Kecemasan HUKM lebih kurang jam 9.00 malam. Time tu hujan turun renyai renyai... tapi dalam hati dah menangis lebat selebat lebatnya. Masa kami sampai tu, aku nampak ramai juga kawan kawan Kay yang tunggu depan Zon Kecemasan tu. Officemate Kay datang tegur kami. 
"Wife Kerul kan" aku angguk je. 
Budak budak pejabat dia tak panggil Kay. Panggil Kerul
"Dapat tengok Kerul?" Aku tanya dia. 
Dia cakap dia dapat tengok. Doc tengah check dia lagi. InSyaAllah takde apa apa yang serius cuma muka dia luka teruk juga sebab kena helmet. Helmet die pecah. Pecah??? aku tanya dalam hati je lah. Dia minta izin nak balik sebab dia kata dia memang tunggu aku sampai. Lepas cakap terima kasih aku terus masuk bilik kecemasan nak cari Kay. Mak dengan bapak mertua aku tunggu kat luar sebab hanya sorang je yang boleh masuk. For sure mak mertua aku tak kuat nak tengok anak dia penuh berdarah tu kan. Aku kuat ke tak kuat ke nak masuk juga nak tengok dia dengan mata aku sendiri. Nasib baik Ryna tolong temankan mak mertua aku. Melilau mata cari suami. Tak jumpa. Tanya Doktor kat situ.
"Doc, ada tak patient nama Khairul Anuar?"
"Ooo ada. Khairul dalam zon kritikal"
"Kritikal?" aku tanya Doc.
"Kritkal sebab kita belum kesan kecederaan dalaman dia. Takpe, Puan masuk je bilik tu. Doc tengah rawat dia"  Bila aku selak langsir, ada staff nurse (aku hentam je ni) tengah monitor dia. Aku tengok je Kay time tu. Aku diri sebelah dia. Aku diam je. Tak cakap ape pun. Tetiba staff nurse tu tegur aku. 
"Waris Khairul ke?" aku angguk sambil jawab "Saya wife dia"
Lepastu dia kejutkan Kay. Time tu mata Kay pejam je. Aku T_T ... 
Staff nurse tadi tu tepuk tepuk bahu kiri Kay. 
"Khairul...Khairul.. bukak mata. Cuba bukak mata tengok siapa datang ni. Awak kenal tak? Cam tak?" Dua tiga kali dia tepuk nak sedarkan Kay. Kay cuba bukak mata sebelah kiri lepastu dia angguk. 
"Kalau kenal kalau cam siapa ni? Cuba cakap" Kay cuma cakap isteri saya. Staff tu kata ok. Dia kenal dan cam awak tu oklah tu. Ajak dia borak. Katanya. Aku diri sebelah dia. Aku pegang tangan kiri dia. Aku tengok je dia. Muka penuh darah. Mata kanan dia bengkak lebam sangat sampai dia tak boleh bukak. Lepastu ada beberapa orang Doc datang jumpa aku. Lets me explain kenapa aku mention 'beberapa orang Doc'.

1st Doc - Dia perkenalkan diri dia sebagai Doc yang handle bahagian muka. So dia explain lepas mereka buat x-ray, tulang muka Kay ada retak dan lari sikit. Sambil dia explain dia tunjuk aku video x-ray. Ada satu tulang di bahagian pipi bawah yang lari sikit. So Doc cakap buat masa ni dieorang cuma boleh monitor je. In case tulang ni menganggu fungsi asal so dia kena operate untuk betulkan tulang muka tu. Buat masa ni monitor dan tengok perkembangan dia. 

2nd Doc -  Doc Orthopedic. Bahasa senang Doc tulang. Pun sama tunjuk kat aku video hasil x-ray, bahu kanan dia patah. Memang patah pun aku tengok x-ray tu. Tapi Doc cakap biasa kalau tulang tu yang patah, dieorang tak buat operation. Kita hanya akan buat fisio dan tulang tu akan bercantum dan kuat dengan sendirinya. 

3rd Doc - Doc surgery. Dia kenalkan diri sebagai Doc Nabil. Doc bahagian surgery. Katanya hasil x-ray, mereka dapat detect ada pendarahan dalam kepala Kay. So Doc kata Kay kena buat emergency operation untuk buang darah beku tu dan stopkan pendarahan di kepala dia.  T_T . 
Doc cakap kita akan tunggu beberapa pakar datang untuk teruskan surgery ni. Dan mereka perlukan tandatangan atau kebenaran aku untuk buat emergency operation. T_T 
Doc Nabil try cool kan aku dulu. Lepas tu dia cakap, kita akan buat yang terbaik untuk Khairul. U doa yang baik baik je untuk dia. InSyaAllah semua akan ok. Pembedahan ni pun just a minor one. Should be semua akan okay. Aku tanya Doc if any risiko jika buat pembedahan ni. Doc cakap semua pembedahan ada risiko. Pendarahan yang banyak boleh berlaku semasa pembedahan tapi kita dah standby beberapa pack darah. Kalau tak buat operation risiko lagi besar dan teruk. So we proceed okay? Aku angguk and just cakap, Saya ikut je kalau Doc rasa itu yang terbaik. So Doc kata mereka akan prepare beberapa dokumen untuk aku sign. Aku angguk. Dia sempat cakap, u kena kuat. husband u kuat tu. Ok I'm crying again T_T

4th Doc will be last Doc yang jumpa aku. Dia kenalkan diri sebagai Doc bahagian mata. Doc Shahira nama dia. Time tu dia tengah check mata Kay. Tapi sebab Kay memang tak mampu nak bukak sebab bengkak yang teruk Doc cuba juga nak check. Time Doc bukakkan mata dia , dia dah meronta ronta sakit . Sampai aku minta tambah ubat tahan sakit tapi staff nurse yang jaga Kay tu kata ubat tahan sakit dah bagi maximum so tak boleh bagi lagi. Doc bagitahu aku buat masa ni dia tak boleh nak explain apa apa pasal mata Kay. Sebab mata Kay sangat bengkak. So kena tunggu lepas surgery kepala, dan bengkak dah surut nanti akan buat test pada mata dia untuk tengok bebola mata dia okay atau tak. Later akan tengok juga saluran atau saraf di belakang retina mata dia ada yang terjejas atau tak. So buat masa ni Doc cakap kita doa InSyaAllah mata dia will be okay. Banyak kali aku cuba tenangkan Kay setiap kali Doc Shahira nak buka mata dia sebab nak tengok reaction bebola mata dia tu. Doc cakap bawah mata dia ada koyak sikit, so kita akan jahit luka. Aku kata okay. So aku minta izin keluar dulu sebab takut tak mampu nak tengok dia jahit luka Kay tu. 

Staff Nurse pun minta aku settlekan bil dan dokumen Kay untuk buat surgery dan warded malam tu. Aku keluar, bagitahu mak ayah mertua aku semua keadaan Kay. Ayah mertua aku nak masuk, tapi mak mertua aku dah menangis berzikir kat luar. Aku faham sangat perasaan dia. Mak kot. Mak mana tak sedih tengok satu satunya anak lelaki dia macamtu kan. Settlekan bil semua aku duduk luar kejap. Call mama. Masa cakap dengan Mama tu aku rasa takde orang lain kat kawasan Zon Kecemasan tu. Ada aku je. Aku bagitahu Mama.. tipulah kalau aku tak nangis. Dari awal sampai letak phone aku menangis. Mama pun nangis. Berat nak cakap tapi kena bagitahu juga. Mama suruh aku kuat suruh aku sabar suruh aku doa suruh aku solat. Aku cakap aku takut. Mama kata aku kena fikir yang baik baik je. Mama pun akan doakan untuk Kay. Tengah cakap dengan Mama aku dengar HUKM panggil nama aku. So aku bagitahu mama aku kena masuk dalam balik Doc dah panggil. Aku pun dah bagitahu kawan kawan Kay yang tunggu dia malam tu kat Zon Kecemasan keadaan Kay. Lega juga bila dapat luahkan apa yang aku rasa time stress dan sedih dengan mama. Lap air mata masuk balik dalam zon kritikal. Doc Nabil minta aku sign beberapa borang untuk proceed Surgery di kepala Kay. Doc kata pakar dah standby untuk buat operation ni. Lebih kurang jam 11.30 malam kita ke Dewan Bedah ye. Aku angguk je. Tak cakap ape pun. 



Ramai kawan kawan dia datang malam tu. Tapi dieorang tak dapat tengok Kay. Waris je boleh masuk dalam tu. Tapi ada juga kawan kawan dia dapat masuk tapi masuk sorang sorang lah. 11.30 malam staff panggil aku , dia tanya kalau ada sesiapa nak ikut follow Kay ke Dewan Bedah sekali boleh jalan sekali. Aku nampak kawan kawan pejabat Kay je. Yang lain dah lepak kat parking kot. So siapa yang ada malam tu aku tanya kalau nak ikut hantar Kay ke Dewan Bedah. Semua nak ikut. So staff tu kata boleh takde masalah. Mak mertua aku berpaut je pada ayah mertua sebab dia nampak anak dia teruk macamtu. Kesian mak. Nangis je dia. 

sejuk gila tunggu depan dewan bedah tu

Sampai dewan bedah, Pakar datang jumpa aku. Dia brief lagi tentang surgery malam ni. So kalau aku nak tanya apa apa, tanya je. Alhamdulillah, dia jawab dengan sangat soft spoken dan ayat yang senang nak paham la. Aku bukan student Medic so tak paham term term depa. Kat  dewan bedah ada ruangan menunggu. So kami diminta tunggu kat situ. Pembedahan akan berjalan lebih kurang 3 jam setengah. Bukak phone baca whatsapp yang penting penting je. Mama Baba Acab Along on the way. Along call aku banyak kali tak sempat nak angkat. Aku call dia balik, Dia cakap dia on the way, Family memang selalu buat kita tacing kan.. huhuhuu.
Mak, ayah, aku dan sorang sahabat Kay, setia menanti sampai pembedahan selesai. Kita sambung next entry la. Lenguh jari menaip. Tata,,,, T_T


Hadiah Hari Lahir Yang Paling Menyedihkan

21 June 2017

Tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya. Tapi yang pasti hari lahir tahun ni akan menjadi kenangan paling sedih dalam hidup aku. Lama sangat menyepi dari dunia blog. Harini aku abadikan kisah hadiah hari lahir aku yang tak mungkin aku lupa sampai bila bila. Aku rasa cuma di blog je aku dapat luahkan segala galanya. Panjang sikit boleh menaip kan.



Status aku selepas hampir bertenang. T___T Baru mampu nak menaip dan mohon doa sahabat di media sosial. Jom aku #throwback balik saat dan ketika kejadian tersebut. 

1 Mac 2017 (Rabu) lebih kurang pukul 6.15 petang aku dapat panggilan telefon. Keluar nama suami aku, Kay. Bila aku angkat aku dengar suara orang lain. Takkanlah aku tak kenal suara laki sendiri kan. Over sangat. Masa tu aku baru sampai di parking basement nak cari parking . Aku dengar suara orang lain jantung aku dah mula berdebar debar time tu. Tak tau kenapa. Mungin sebab aku dengar suasana kat situ macam kelam kabut tapi aku cool je dengar brader tu cakap dengan aku. 

"Assalamualaikum kak, akak isteri En Khairul ke" 
Jantung aku berdebar gila time ni. Kenapa pulak ni? aku terus jawab 
"aah ye. Kenapa ye?" 
"Sabar ye kak. suami akak accident." 
Aku terus brake emergency time tu. Nasib baik belakang takde kereta lain. 
"hah!! kat mana??" 
korang boleh bayangkan nada aku time tu sampai Rayyan kat sebelah pun terperanjat. 
"kat mana dik? suami akak macammana?" 
dalam hati dah macam nak meletup jantung aku ni. Dalam akal dok fikir takkanlah Kay nak prank sebab besday aku. Melampau sungguh prank dia kalini. Tapi nakal nakal laki aku pun dia tak akan prank aku pasal benda benda macam ni. Benda ni melibatkan nyawa kot gila ko nak prank. Aku tanya budak tu lagi. 
"Betul ke dik?" dia jawab 
"Betul kak, tapi akak jangan risau suami akak ok. Akak sabar ye" 
aku tanya kat mana budak tu jawab area Sungai Besi. Aku macam 50-50 percaya atau tak.. Besday aku kot arini. Dapat berita macam ni. Kau rasa apa? Aku rasa nak pengsan ada nak menjerit pun ada. Aku diam je lepastu budak tu cakap dia dah call ambulan nanti dia akan bagitahu hospital mana. Tangan aku mengigil. Rayyan tanya kenapa mama? Kenapa mama menjerit tadi. Aku tak tengok pun muka Rayyan sebab kalau aku tengok CONFIRM aku menangis. Bukan senang nak control perasaan time tu depan anak. Sumpah aku tak tipu!!!. 
Aku diam kejap fikir fikir fikir. Aku terus ingat Dicky. Dia je kawan Kay yang aku rasa boleh tolong aku masa tu dan aku rasa dia je yang paling dekat dengan tempat kejadian tu. Aku call Dicky dia pun tak percaya apa aku bagitau. Tapi dia akan cuba call Kay dan cari Kay. Aku ok je time tu sebab takleh fikir da. Aku ajak Rayyan naik rumah cepat cepat. Sampai rumah aku masuk bilik terus tak keluar keluar. Emosi bercampur baur time tu ye. So I need to be alone dan doa benda ni semua prank. Aku tunggu budak tu call balik sebab dia call pakai handphone Kay. Bila aku call no Kay tak angkat lagi la aku berdebar debar. 
Tak lama tu Dicky call. 
"Yana, aku call Kay banyak kali tak angkat ni. Dia accident kat mana? Dia nak prank ko ke sebab besday ko kan arini. Dia baru wish besday ko kan pagi tadi?" 
Aku cuma bagi dia info apa yang aku tahu jelah. Aku pun tak tau semua ni prank atau betul betul terjadi. Perancangan Allah tu lebih hebat dari perancangan aku. Ikut plan stok eBookKu Islamic aku akan sampai malam tu. Sebabtu aku cakap dengan Kay balik rumah cepat sikit sebab nak minta tolong dia angkat stock yang berkotak kotak tu. Lori yang akan bawak stock eBookKu tu pun dah amek stock kat HQ dan dalam perjalanan ke Putrajaya. So aku tak boleh cancel kan sebab kalau cancel takut dia cas lagi mahal kan. Phone aku bunyi lagi 
"Kak, ambulan dah sampai kami hantar suami akak ke HKL ye" 
Betul la Kay accident ni? Ya Allah... aku cuma cakap ok dik nanti apa apa minta inform akak ye. Aku sempat tanya dia keadaan Kay masa tu. Dia kata Kay ok cuma luka sikit sikit kat muka. InSyaAllah takde apa apa. Aku terus call Dicky bagitahu ambulan akan bawak Kay ke HKL. Dicky kata dia terus ke sana. Alhamdulillah time tu aku memang harapkan Dicky je untuk tolong tengokkan Kay. Aku tak tau rupanya officemate Kay pun ada kat tempat kejadian dan ada dengan Kay sepanjang dia accident . Aku call uncle lori yang bawak stock aku tu minta datang cepat sikit sebab aku ada kecemasan. Time tu aku tak bagitahu sesiapa pun hatta mak dan adik Kay. Aku tak tau macammana nak bagitahu dan berdepan dengan diaorang. Seriusly blank. 
Phone aku berbunyi lagi. "Kak, kami request hantar ke HUKM ye kak. Tu yang paling dekat sebab suami akak nampak macam nak pengsan" 
T_____T Ya Allah... aku tak terkata apa. Cuma boleh cakap ok dan minta inform aku apa apa hal. Brader tu sms aku no kawan Kay katanya. Ooo no abg Wahid rupanya. Aku PM wife abg Fathi (officemate Kay juga) bagitahu Kay accident. Dia pun terkejut bila aku cakap Kay accident. Mungkin ada beberapa orang kawan Kay yang dah tahu dan aku bersyukur sangat sebab semuanya nak membantu. 

Berat sangat nak bagitahu mak mertua aku. Aku tak kuat sungguh nak berdepan. Aku bagitahu adik Kay yang no 2. Angah. Aku minta Angah yang bagitahu pada mak mertua aku apa yang terjadi. Aku? duduk dalam bilik jawab whatsapp jawab call . Everytime bercakap pasal Kay time tu aku menangis menangis menangis. Hati ibu dia tau ada yang tak kena. tapi takde sorang pun antara aku dan angah yang sampai hati nak sampaikan berita tu. Akhirnya bapak mertua aku bagitau. Menangis mak mertua aku. Aku tunggu stock sampai rumah dan minta biras aku tolong angkat stock stock eBookKu. Betapa bersalahnya dalam hati sebab terpaksa susahkan dia settlekan 12 kotak eBookKu tu. Bukan ringan tau berat juga setiap kotak tu dalam 20kg. Alhamdulillah Allah permudahkan juga jalan aku nak ke HUKM. Sahabat baik aku, Ryna, wife Dicky datang amek aku kat rumah bawak ke HUKM. Sebab aku tak tahu jalan ke HUKM. Ayah dan mak mertua aku follow dari belakang. Dicky dah pesan bawak baju dan seluar untuk Kay sebab nurse dah gunting baju dan seluar dia tadi. Aku memang tak terfikir Kay akan warded so aku bawak selai je untuk dia salin nanti. Baju aku pun aku tak bawak sebab tak fikir aku akan tidur di HUKM malam tu. T_T

Kita bersambung next entry ye. Bila aku kat HUKM apa yang jadi.... jeng jeng jeng

 


Saya terpaksa kelabukan warna gambar ni sebab takut pulak ada yang mimpi ngeri nanti kalau tengok gambar real. 

Thank you for reading.  

3 Bulan Yang Lalu

01 June 2017

3 bulan dah usia gambar ni. 
Banyak cerita di sebalik gambar ni
Semuanya bermula dari gambar ni
Kejadian ni berlaku pada hari lahir aku yang ke 32. 
Alhamdulillah 
Allah masih sayangkan dia
Allah masih sayangkan aku
Dia panjangkan masa dan jodoh kami untuk bersama

Next entry aku cerita semuanya ya
T_T

Salam Jumaat Blogger Krik Krik

05 May 2017

Salam Jumaat semua
Aku nama kan blog ni blog krik krik
Sebab?
Hampir setahun tak berupdated T_T
Sedih sangat kan. 
hahahaha.
Sibuk dengan macam macam tanggungjawab
Maka marilah bertanggung dan berjawab,
Soon aku nak cerita something
Nantilah bila gambar semua dah transfer dalam PC ok. 

Semoga hari Jumaat ini menjadikan kita Hamba Allah yang paling baik di muka bumi ini. 
Aamiin...

Mana Cerita Raya Yana?

21 July 2016

Soalan tu tanya pada diri sendiri. 
Sebabtu mention nama sendiri 
- _____________-

Seronok tengok blogger blogger share cerita pasal hari raya. 
Aku bukan taknak cerita... bukan.. 
Tetiba macamlah ada orang kisah nak baca cerita raya ko... 
haha... 

Aku bukan taknak cerita.. Nak sangat. Semua orang pun nak cerita kisah hari raya masing masing. 
Sebab Hari Raya ni setahun sekali je kot. Kalau tak cerita, tahun depan dah tukar tema kaler. kan ? ;D
Cuma aku belum transfer gambar gambar time Raya ke PC. In Sya Allah bila dah transfer dah edit cantik cantik , buang segala jenis jerawat kat muka, bagi ploless sikit aku updated sini ye. 


Kite bagi teaser je dulu lah gambar hari raya. 
kekwat kan? ;D
Macam kembar tak? macam kembar tak?
Adik beradik seibu sebapa. 

Okay bai. 
haha..

LEGO Free di IOI Mall Putrajaya

20 July 2016

Kesian blog aku ni
Rasa nak nangis pun ada bila bukak blog
Nampak sangat terabai terombak terbuang dan segala jenis ter la
-____________-

Agaknya kalau blog ni boleh bercakap dia dah bercakap kot
Apesal lah tuan aku ni pemalas sangat nak menulis menaip bagai ni
eh? macam dah lari daripada tajuk.

Korang tau tak setiap hari Sabtu LEGO IOI Mall Putrajaya akan buat aktiviti dimana aktiviti ni untuk anak anak yang berusia 5 tahun ke atas. Aktiviti apa? Tak susah pun. Kalau anak anak korang jenis yang gila LEGO bawa dia pegi butik LEGO IOI Mall di Putrajaya setiap hari Sabtu. Anak anak korang akan diberi LEGO PERCUMA.. ye aku ulang sebab korang kan suka wording PERCUMA kan... ;D 

Tapi syaratnya anak anak kena buat LEGO ikut tema bulan tu. Setiap bulan tak sama design LEGO yang akan keluar. Dan bila dah siap buat bentuk yang LEGO nak , anak anak boleh bawak balik LEGO yang dieorang buat tu. Okay lah kan.. Kat sini kita boleh tengok skill anak anak macammana. Macammana dieorang asah skill untuk buat LEGO mengikut arahan. Anak anak cuma boleh buat aktiviti ni sebulan sekali je. Bulan depan datang lagi buat lagi dapat lagi FREE LEGO... Gittew.. 



Ni masa mula mula aku bawak Rayyan Danish join aktiviti LEGO ni. Sebenarnya tak tahu juga pasal aktiviti ni tapi kalau kiteorang pegi IOI mesti masuk butik LEGO ni.. Bukan nak beli pun saje je window shopping kata omputih. kikiki... Bila pegi haritu aku nampak ada budak budak dok duduk kat tikar buat LEGO. Aku pun tanya staff kat situ cakap dieorang buat aktiviti. Kanak kanak boleh bawak balik LEGO yang dieorang buat tu. Rayyan kan memang suka LEGO sampai bapak dia beli LEGO macam macam dari yang original sampai lah ke brand yang ntah ape ape ntah. Rayyan memang excited la nak join. Bila dah daftar akan dapat tag nombor giliran bentuk LEGO jugak.. serba serbi LEGO. Setiap sesi limit 20 orang je. 


Memang mostly anak anak Cina yang suka mainan ni. Tengoklah tu cuma ada dalam 2-3 orang je budak Melayu termasuk Rayyan. Yang lain semua Cina. Budak melayu suka main PS3 je kot... 
-______-


Ni first time Rayyan buat aktiviti ni. Tu pun MakNgah dia tolong. ;D
 Oh sebelum terlupa, sesi aktiviti ni akan bermula jam 12.00 tengah hari. Kat butik tu ada bagitahu masa masa yang anak anak kita boleh join kalau berminat. 



Yang atas tu hari lain , yang bawah tu pun hari lain. Masa nak edit gambar ni aku ingat aku tertransfer dua kali rupanya tak... hari yang lain baju je baju yang sama...
T_______________________T

Nampak sangat mak awak ni dah takde baju lain untuk awak Rayyan...  haha... Adoi.... 

So far aku rasa baru 3 kali je pergi. Ingat Sabtu ni kalau tak kemana nak pegi lagi. Bulan 7 punye design tak tahulah apa. Aku pun bukannya tahu design design LEGO ni. 

So korang yang tak tahu nak buat apa hujung minggu bolehlah spend time dengan anak anak join aktiviti ni. Parents boleh buat sama sama takde masalah. Anak anak pun mesti seronok bila dapat LEGO FREE.. Siapa nak bagi kan..? Ko ingat LEGO ni murah ke? secoet macam tu pun dekat RM50 agaknya. 

Pergi lah ye. Berikan Masa Korang Untuk Anak Anak... 
Dah macam iklan hari raya pulak. 

Selamat mencuba !

Rindu Menulis

24 June 2016
Rindu sangat nak menulis kat sini. Rindu sangat nak membebel kat sini. Rindu sangat nak tengok blog ni dapat banyak komen macam dulu.

Sejak aku aktif bebenar business ni memang susah nak fokus pada blog. Masa pun sekarang ni sangat sangatlah limited. Nak bahagikan dengan business since aku memang takde assistant nak tolong aku packing barang , tulis consigment note, pergi poslaju, layan whatsapp, layan PM, semua aku buat sendiri,.. Sampai satu masa tu aku upah adik ipar aku untuk tolong aku packing dan tulis consigment note. 

Setiap pagi sampai office aku akan bukak blog aku. Tengok je blog aku ni. Cantik dah.. Tapi sayang berhabuk. Orang pun taknak datang rumah yang banyak sawang sawang ni kan? Tapi ada juga yang setiap hari singgah ke teratak "Blog Kay & Yana" ni. 

Oh ye.. Aku nak tukar nama blog aku. Dulu aku guna nama "MAI LURVE" sekarang aku tukar ke "BLOG KAY & YANA". Kenapa tukar? Sebab aku rasa orang susah nak ingat nama blog aku yang lama.. Ejaan pun macam budak tak pergi sekolah kan. kan kan..hehehe.. So aku tukar la nama aku dan Kay.. Mana tahu blog aku jadi famous macam blog redmummy.. ok perasan.. hahaha.. 
 
By the way, thank you korang sebab selalu singgah sini walaupun berkurun tajuk tu juga kan.. maafkanlah Yana mu ini yang pemalas lagi pemalas. Hah nampak kan pemalas nya tu. Hari ni rajin sikit sebab esok cuti... joget sikit...

Oklah.. nanti sambung bebel lagi.. Jom tengok gambar budak mata bulat sorang ni.. 
-
-
-
-


Salam Ramadhan Al-Mubarak

06 June 2016






Di kesempatan ini Yana dan keluarga nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramdhan Al Mubarak kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang sentiasa menyokong Yana. Terima kasih kerana sudi menjenguk dan menyinggah rumah usang yang dah berhabuk ni walaupun lama Yana tak berceloteh kat sini... 

Semoga bulan Ramadhan tahun ni membawa sejuta kenangan yang manis buat kita semua... 

Setting NIAT
Upgrade IMAN
Download SABAR
Delete DOSA
Approve MAAF
Hunting PAHALA !!!

Yana memohon maaf sekiranya tulisan yana selama ini ada menyinggung perasaan sesiapa yang membacanya... Semoga kita dipanjangkan umur dan dideraskan rezeki untuk ketemu lagi Ramadhan tahun depan... 

Last but not least... Menu apa hari ni..? hehehehe



Cuti Hari Wilayah

01 February 2016


10 tahun dah jadi orang Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Tak tahu lah sampai bila jadi orang wilayah...

Selamat Hari Wilayah.

Yang penting harini cuti..

Yeay...!!!

Tazkirah Jumaat

29 January 2016


Walaupun tidak kaya harta tapi biarlah aku bahagia hidup bersama orang orang yang aku sayang... Sekurang kurangnya mereka masih ada di dunia ini untuk aku sentiasa meluahkan rasa sayang dan rindu. Semoga Allah SWT memanjangkan usia aku dan orang orang yang aku sayang... AMIN.. 

salam Jumaat =)

Testimoni Bidara Shower Gel

28 January 2016

Ok petang petang gini kita layan testimoni Bidara Shower Gel. Ada sorang akak ni dia dah 3 kali beli Bidara Shower Gel dengan aku. Katanya anak dia serasi dengan Bidara Shower Gel ni. Tidur pun dah tak meracau lagi. erk? aku sajalah tanya kenapa dengan anak dia. Dah 3kali baru berani nak tanya tu pun bila dia dah start cerita dulu pasal anak dia ni. Apa punya seller lah.. haha.. Aku ni jenis tak suka tanya benda benda yang tak best yang buatkan seseorang tu down akibat masalah masalah tertentu. Gitttuuu...

Akak ni bagitahu anak dia macam lemah semangat sebab dieorang satu family pernah diganggu jin/syaitan. Dah pernah berubat dan Alhamdullillah lama lama 'benda' yang mengganggu mereka satu keluarga pergi. Yang ni kena berubat dengan ustaz atau pun perawat yang betul lah. Kalau salah takut makin menjadi jadi pulak gangguan tu. Kakak ni cerita dia ada dua anak. Anak pertama dia lelaki. Anak dia yang lelaki ni macam lemah semangat. Mungkin dia pernah diganggu atau dia pernah nampak Wallahualam. Kadang kadang nak ke dapur pun takut. Nak kesana sini semua kena mak dia teman. Mak dia pun dah pernah bawak dia berubat.  Jadi mak dia cuba beli sebotol dulu Bidara Shower Gel untuk anak dia. Katanya ustaz yang merawat mereka kata bidara bagus untuk elakkan gangguan jin/syaitan ni. Bila anak dia cuba sebotol nampak anak dia serasi dan kurang demam. 










Alhamdulillah. Aku sebagai seller cuma mengharapkan customer customer kesayangan sentiasa serasi dengan produk produk yang aku jual. Bidara Shower Gel ni bukan boleh mengelakkan gangguan tapi boleh juga digunakan untuk kesihatan kulit. 

Kalau korang nak cuba Bidara Shower Gel ni boleh beli dengan aku ye. Wassap je aku dan aku akan terus membalasnya. Cewahh...!!!

Bidara Shower Gel 500 mls 
RM29.90 
Pos + RM7.00 untuk Semenanjung RM10.00 untuk Sabah & Sarawak 

Call / Wassap 
0197191992


Terima kasih sebab sudi membaca... Jemputlah beli ya. 

Majlis Graduasi Pra Sekolah SK Putrajaya Presint 16(2)




Tepuk dahi la ye semua... Cerita tahun lepas... Nampak sangat aku ni blogger pemalas kan. Cerita tahun ni nanti aku forward tahun depan pulak... pfttpftt... Geram dengan diri sendiri sebab malas sangat nak menaip.. Kadang kadang rasa nak lempang je pipi sendiri biar sedar sikit blog aku ni dah bersawang dah... Bila dah sedar baru terhegeh hegeh nak updated... Tu yang cerita tahun lepas bawak masuk tahun ni punya entry... mihmihmih... Harap korang faham kemalasan hakak ni tahap dewa tau. Mohon jangan dijadikan contoh eyh... (T_T)


Bila anak nak konvo ni mak bapak punya excited lain macam sikit. Macam seronok terlebih padahal anak cool je. Biasa lah tu. Apatah lagi anak pertama kan. Kalau boleh nak bawak satu kampung datang memenuhkan dewan tapi takut kena halau pulak dengan pak guard. Jadi bawa mak mertua jelah buat peneman kala bosan. Nak harapkan Kay.. ko tak nampak dia pakai speck mata hitam dalam dewan... Nak membuta le tu.. Dia sorang je kerek pakai speck mata hitam dalam dewan tau... Drama sangat. 



Dewan sekolah ni punyalah panas. Dah lama tak masuk dewan sekolah. Harapkan kipas siling jelah.. Tupun ramai mak bapak yang berkipas. Cuba bawak keluar anak anak depa hilang terus rasa panas. Mindset semua tu tau tak. Haha ! Comel je tengok budak budak kecik cenonet keluar pakai jubah. Teringat pulak zaman aku tadika dulu. Aku dulu tadika kat KEMAS je tapi Alhamdulillah jadi orang takdelah jadi setan. 


Dipanggil nama sorang sorang naik pentas ambil sijil dan piala. Yang tu Guru besar sekolah tu. Dieorang dok panggil bonda. Setiap pagi bonda dieorang ni tunggu depan gate menyambut kedatangan anak anak murid kesayangan. Anak anak murid kenalah salam bila dah lalu depan dia. Tu tandanya hormat ye anak anak. Hihi.. 




Lepas majlis penyerahan sijil untuk anak anak Pra Sekolah, Dieorang ada buat persembahan. Errrmmmm.. pendapat aku persembahan lebih menarik jika mereka menari atau berlakon ke atau apa apa jelah.. Nama pun persembahan. Perlu ada something yang best sebab mereka budak budak yang comel.  Bukan nak kondem tapi mereka cuma miming je lagu upin ipin. Takde movement takde persembahan apapun. Maybe cikgu cikgu tak sempat nak trained anak anak untuk buat persembahan kot. Masa pun suntuk kan.. But it's okay cikgu. 



Ni lah akibatnya bila dah bosan kan. 
Selfie selfie foto foto sendiri
bergaya berdiri gaya paling trendy cuma buat happy.. 
Haha... 





Lepas persembahan anak anak amek gambar kelas pulak. Syahdu juga bila fikir ni last Rayyan dapat jumpa kawan kawan dia. Sebab lepas ni dia akan masuk sekolah di P18(2). Harap kenangan yang terindah terukir lah disini ye Rayyan. Semoga ilmu yang Cikgu Teh curahkan dapat digunakan sepanjang zaman. 



Bila balik tengok dalam bag yang kiteorang dapat tu ada gambar Rayyan. Dah siap frame tau. Kelllasss gitu. Tapi Ya ampun.. Kenapalah gambar Rayyan ni selekeh je aku tengok. Hidung tu kembang !! Sahlah ikut bapak. Haha !! 

Apepun tahniah Rayyan. U did a very good job... 


Wordless Wednesday : Darjah 1

27 January 2016

Ada budak perasan dia pun darjah 1. 
Next entry kita cerita okeh...
Happy Wednesday u olls !!

Mari Berniaga

26 January 2016

Bila cerita bab berniaga ni sebenarnya aku dah macam macam berniaga. Kepuasan berniaga memang susah nak cerita. Kalau korang nak tahu kepuasan tu cubalah berniaga. Mula mula dulu aku berniaga barang barang baby. Ni masa aku pantang Rayyan Danish. Aku jadi dropship dengan sorang supplier ni. Dropship adalah permulaan yang terbaik untuk korang yang baru nak bermula berniaga tapi taknak keluar modal. Aku cuma promote barang barang yang aku jual , bila ada yang nak beli dia bayar pada aku then aku proceed payment pada supplier. Dan supplier yang uruskan postage ko cuma duduk goyang kaki amek komisyen je. Gitu. 

Lepas tu supplier aku ni ada problem dengan pihak kastam sebab dia amek direct dari oversea. Aku pun tak berapa faham sangat bila dia explain tu. Aku ya kan aje. Lepas beberapa kesusahan menjual barang barang dia sebab kes kastam tu aku pun stoplah jadi dropship dia. Rezeki Allah ni luas tau. Ko cuma perlu rajin mencari je. Lepas tu aku stop sekejap berniaga. Sampailah mengandungkan Aryan aku berniaga semula. Masa tu aku jual tudung Putri Dewi. Tudung ni sumpah best. Putri Dewi time tu memang tengah naik lah. Banyak kali aku restock confirm habis. Kebetulan budak budak office lama time tu semua gila Fareeda. Nak beli Fareeda original tak mampu harga sampai dua tiga ratus. Pakai Putri Dewi pun best sebab dia ada kualiti tersendiri. Kain dia lembut sangat. Lama juga aku berniaga tudung Putri Dewi ni. Lepastu aku dapat tukar. Bila masuk pejabat baru aku tengok staff kat sini majoriti pakai tudung bawal. So aku rasa marketing kat sini susah. Permintaan takde. Bila aku rasa tak sesuai nak niaga tudung Putri Dewi kat sini aku stop jual. Tapi dalam masa yang sama aku jadi dropship untuk jual baju baju daripada Glory Collection. Glory ni baju baju dia best dan murah. Sangat murah. Tapi bila terlalu ramai dropship aku rasa macam susah juga nak jalan. Then aku slowdown jadi dropship Glory Collection. 

Sampailah satu masa aku baca blog kak Ila Saleh. Seronok sangat tengok dia niaga EKF. Dia niaga EKF mula mula. Dari duit niaga dia tu dia mampu bawak anak anak pergi Mekah.. Allahuakbar...!! indahnya.. Walaupun dia ambil cuti tanpa gaji tapi dia masih boleh bayar segala hutang piutang macam biasa. Seronok sangat tengok dia niaga. Time tu aku rasa semangat nak berniaga ni datang balik. Aku berniaga produk dari Dr Zulkifli Shariff. 



So far aku seronok sangat berniaga produk Dr Zulkifli ni. Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi berniaga. Yang seronoknya sambil berniaga kita dapat kawan. Bila customer bagi testimoni yang baik aku rasa puas sangat dapat tolong orang. Aku harap aku dapat berniaga apa sahaja. Dan aku selalu doa supaya aku dan suami menjadi usahawan yang kaya-raya supaya kami dapat tolong orang orang susah. AMIN...

Korang pun doakan kami ye. =)  

So kalau korang nak cuba produk Dr Zulkifli Shariff  ni boleh wassap aku laju laju. Segala jenis info aku akan cuba sedaya upaya untuk consult korang. Produk produk Dr Zulkifli yang aku jual ni mostly untuk mereka yang ada masalah kulit seperti kulit kering, ekzema, kulit sensitif, aromatherapy untuk kita. Jemput beli dan cuba ya. 

Segala pertanyaan tentang produk Dr Zulkifli boleh direct wassap aku ye..

yana
0197191992 

Aryan Muzaffar Dah 3 Tahun !!!


Throwback punya cerita.. Tak berapa nak fresh sangat eyh. Tapi tetap nak cerita kat sini. Bulan Disember hari tu hari jadi Aryan. Aku rasa tahun ni aku malas sesangat nak buat birthday party kat nursery dia. Apatah lagi nak buat majlis bebesar celebrate birthday dia... lagilah malas... patutlah rezeki susah nak masuk kedekut kan.. ahahaha.. Taklah.. bukanlah kedekut sangat.. kekangan masa membuatkan kiteorang tak dapat nak buat party kat nursery dia. Aku beli kek kecik je lilin 3 batang nyanyi nyanyi kat rumah bersama orang orang tersayang.. Jadilah kan... Yang penting kita celebrate walaupun kecik kecik aje... 




Birthday cake by Bakery Cottage. Asyik la Secret Recipe pun boring juga. Lagi pun SR tak de kek comel macam ni. Kek kat SR semua jenis 10 orang punya makan. Buat penuh icebox aku je. Yang tak bestnya abang dia macam jealous pulak tak beli kan dia kek. Eh dah kenapa? Berapa kali nak celebrate birthday abang? Hari tu yang mama dok sibuk booking kek dinasour tu siapa punye?? hah mulalah nak hangin sebab dia buat perangai merajuk dia tu. 

Tak sampai hati kay pujuk Rayyan potong kek sama sama. Kengkonon dieorang keluar dari rahim aku ni tarikh yang sama lah... Lantak... Janji happy... Naiklah si abang di atas kerusi si adik semata mata nak merasa jadi birthday boy.. Gedik betul anak teruna sorang nih !!  







 Beza birthday boy dengan perasan boy... yang diraikan siap pakai topeng mata. Tapi mata tak boleh bukak..wakakaka... Lepas tiup potong pun together gether gitu. Naik hancur kek yang aku beli tu. 



Posing sikit birthday boy !! time ni aku suruh abang die pergi amek pinggan dengan sudu kat dapur sebab nak makan kek. Laju je dia lari ke dapur. Nasib baik tak pecah pinggan mangkuk aku.. Kalau tak tahan jelah telinga dengan bapak dia membebel. ahahahaha.. Dapatlah birthday boy ni posing sorang sorang... Comey tak??? hihihihih



Dapat toys !!! dieorang tidur pukul 2 pagi aritu sebab nak main toys yang kay belikan.. gasaklah.. pandai pandai lah bapak korang layan. Siapa suruh belikan toys tengah tengah malam. Kotak tu lagi besar dari Aryan. hihihi

Happy birthday Aryan Muzaffar. Membesarlah dengan sihat dan sempurna. Jadi anak yang soleh. Jadi anak yang baik. Semoga Aryan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Semoga Aryan sentiasa ingat Allah SWT, mama, papa, abang. Semoga Aryan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat. We loves u so much sayang... 

Happy Birthday sayang...
Muhammad Aryan Muzaffar bin Khairul Anuar... 
3 years old... !!! 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign