blog kay & yana: July 2015

Serpihan Sayap Yang Dipercayai Milik #MH370 Ditemui Di La Reunion, Lautan Hindi

31 July 2015
Apalah nak jadi dengan Malaysia ni kan? Pernah korang terfikir.. Lepas satu, satu jadi kat Malaysia sekarang ni.  Belum habis isu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, timbul pulak kebakaran di Pejabat Bukit Aman yang dipercayai pejabat yang terbakar itu adalah bahagian siasatan jenayah yang melibatkan banyak bukti jenayah rakyat Malaysia. Hari ini, kita digemparkan dengan berita penemuan serpihan sayan yang dipercayai milik #MH370 di La Reunion, Lautan Hindi. 


Bahagian sayap pesawat yang dikatakan milik  #MH370 ditemui di Pulau La Reunion

Menurut sumber berita daripada berita harian online, serpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di Pulau La Reunion, di bawah pentabiran Perancis, berhampiran Madagascar. Airlive net, sebuah laman web yang membawa berita dan maklumat mengenai industri penerbangan mengeluarkan tweet gambar serpihan bangkai dan memuat naik status 'BREAKING Piece of wing found on La Reunion Island, could that be flap of #MH370? (serpihan sayap yang ditemui di La Reunion Island, mungkinkah ia sayap #MH370?) Ia juga menyatakan dalam laman webnya bahawa siasatan kini dibuka untuk menentukan asal-usul trek penerbangan dengan tiga hipotesis disebutkan. Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan #MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, laman web itu melaporkan penyiasat meletakkan kebarangkalian bahawa ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah pesawat enjin kembar yang terhempas pada 4 Mei 2006 dekat denganpantai di selatan pulau itu, atau sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros pada Jun 2009. Penerbangan #MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Pada 29 Jan tahun ini, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai satu kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat itu dianggap telah terkorban. 

The location of La Reunion Island, which is located about 900km from Madagascar. - Google Maps image

So sekarang ni kita tunggu je siasatan polis cmne. Sebelum membuat apa apa spesikulasi ingatlah perasaan keluarga mangsa.. Mereka tidak pernah putus harapan menanti khabar berita... Semoga apa jua keputusan nanti, ahli keluarga menerima dengan hati yang terbuka, sabar dan redha... In Sya Allah pasti besar ganjaran yang diberi kelak....

Al-Fatihah

Semoga Allah melindungi negara tumpah tanah airku daripada musibah. AMIN 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

29 July 2015

Masih sayang dengan blog ni.. Sayangnya tak cukup masa nak updated. Maklumlah bz memanjang kononnya.. busy jaga anak busy jaga laki busy jaga rumah.. eh.. hihi.. Ok, masih dalam bulan Syawal kan... Selamat Hari Raya korang.. Minta ampun minta maaf kalau ada salah silap tersalah bicara sepanjang aku berblog ni... Andai kata ada tulisan aku yang menguris hati korang aku menyusun sepuluh jari sepenuh hati aku memohon ampun dan maaf.. kosong kosong ok.. 

Raya tahun ini aku diberi dugaan yang sangat besar. Sangat besar hingga tak terlintas langsung di akal fikiran aku akan terjadi perkara sedemikian di pagi raya... Sedih tak terkata. Tapi Alhamdulillah.. semuanya selamat. Terima dugaan Allah dengan hati yang terbuka dan redhakanlah apa yang terjadi.. In Sya Allah.. Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kami. 



cerita di sebalik gambar next entry okay... tata titi tutu... 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign