blog kay & yana: April 2014

I Loves Nuffnang

14 April 2014


Biasalah manusia bila diberi sesuatu kita pasti akan gembira .. Bila gembira akan timbullah rasa kasih sayang tu. hahaha.. Aku harap rezeki yang NUFFNANG bagi ini biarlah lama sikit bertahan. Manalah tahu aku boleh cashout lagi kan... AMIN

TQ Nuffnang... 


Doa buat Lya Afrina

11 April 2014

Sempena hari yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama berdoa supaya sahabat kita juga seorang blogger sihat sepenuhnya.. Lya Afrina ditimpa kemalangan pada 1 Mac yang lepas dan beliau koma selama 4 hari. Kemudian koma semula pada 25.3 kerana effect dari kemalangan tersebut dan kini beliau bergantung pada wheelchair akibat kaki kanan beliau tidak boleh bergerak. Berat sungguh dugaan awak Lya.. Yana tau awak kuat Lya.. Awak tabah.. Kerana itu Allah SWT memilih kamu untuk menjadikan kamu seorang hambaNYA yang istimewa.. 

Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Lya sembuh seperti dahulu. Sedih sangat bila baca setiap luahan hati lya. Orang yang melanggarnya harus bertanggungjawab... Lihatlah kerana kecuaian kamu insan lain menderita... Gembirakah kamu atas penderitaan dan kesakitan orang lain. Di dunia kamu boleh bersenang lenang tapi di akhirat terimalah balasanNYA. 


Buat Asya, jadilah anak yg solehah buat mama kamu. Sesungguhnya kamu adalah satu satunya harapan ibubapa.. Bawalah mereka ke syurga ye Asya.. Buat Fain, teruskanlah sentiasa bersama Lya dan Asya.. Mereka perlukan lelaki seperti kamu. Lya, Please Get Well Soon As Posibble.. Kuatkan semangat ye... 

note: walaupun tak pernah bersua tapi saya tau Lya mampu hadapi semua dugaan Allah..  


Cepat Lupa


Opah aku pagi pagi mesti minum kopi.. katanya kopi ni bagus untuk elak kita dari nyayuk.. korang tau ke nyayuk tu apa? adik beradik dengan pelupa la tu. Cuma pelupa ni takdelah kritikal sampai nak buang air pun tak ingat bilik air. Kes aku pulak ni kadang kadang memang boleh spoil mood sepanjang hari. Mana taknya kadang kadang sampai stress cari barang yang kita baru je pegang. Letak kat mana pun lupa dah. Tak ke memang saje nak kena maki diri sendiri khen...(ok anak sila jangan ikut perangai mama ini ye)

Contohnya pagi tadi, aku pegang brooch.. lepas tu air yang aku masak tu dok berbunyi tanda dah masak. Aku terus pergi dapur matikan api. Lepas tu nak pakai tudung cari brooch yang aku pegang tadi dah takde. Ah sudah. Kacau betul kalau pagi pagi penyakit lupa tu datang. Dahlah brooch tu kecik kemetot. Comel macam tuan punya badan. haha.. silalah muntah ayat puji diri sendiri ye. So, apa lagi. Amek brooch baru sudah. Nampak tak kekalutan aku disitu. Padahal aku dah pegang kot brooch tu. Lepas matikan api terus macam lost sekejap aku letak kat mana brooch aku tu. Kena minum kopi la gamaknya nih. takpun telah sebakul kismis.. eh tak boleh.. Sunnah Nabi makan kismis kene nombor ganjil .. hehehe.. alasan... 

Aku pun kena minum Qaseh Gold agaknya baru ingatan kembali tajam. Cepat sangat lupa. Aku rasa tak sampai 10 minit pun kot. Apalah nak jadi.. Takpe.. Lupa brooch takpa.. jangan lupa anak laki.. yang tu memang nak kena penampar baru sedar gamaknya,. hehehe.. 


8 Hari Ebab Demam

10 April 2014
Kalau kat kampung aku, adik beradik aku lebih suka panggil Aryan tu ebab sebab dulu masa dia kecik kecik dia debab.. badan montok... gebu.. huhu.. tapi bila dah semakin lasak ni susut pulak.. tapi dieorang still suka panggil ebab gak.. dah biasa kan.. 

Bila ada anak kecik ni , hantar pulak kat taska, setiap minggu ikut bapak cari rezeki memang selalu la kena demam batuk selsema.. pakej.. tu memang kena ada.. kadang kadang aku rasa nak resign je jaga anak anak kat rumah.. tapi nanti tak boleh bershopping pulak kan. dah nak kena mengharapkan duit laki pulak.. bukan tak boleh tapi takut menyusahkan aje. So better suami isteri kejelah cari rezeki... tapi dalam masa yang sama carilah tempat yang terbaik untuk anak anak. Kemudian serahkan semuanya pada Yang Maha Pencipta. 



Ahad pagi yang lepas Aryan dah start dedo (korang paham kan makna dedo) badan badan suam suam panas gitu. So aku dah rasa macam dia nak demam. Malamnya betul betul dia demam dan kalini demamnya lain macam. Asyik merengek dan tak kebah. Aku bagi ubat demam yang tersedia dalam peti sejuk tu. Kebah sekejap pastu panas balik. Keje aku laki bini of courselah dok pantau suhu dia. Tak tidur malam weh bila anak demam nih. Kalini dia demam macam ceeeerewet yang amat sangat. Yang letihnya dia taknak kat orang lain walaupun bapak kandungnya sendiri apatah lagi orang yang bukan darah dagingnya.. so akulah dok menenangkan setiap kali die merengek.. letih jugak pinggang.. sakit juga bahu.. tapi demi anak turutkan aje.. 


Selasa tak elok juga. Terus ke klinik kesihatan la kita. Aku taknak g Az Zahra sebab last week dah pergi Az Zahra and Aryan ada alergic sikit dengan antibiotik yang dia bagi. So aku rasa try klinik kerajaan dulu lah.. bila dah 3 hari dia demam tak kebah makanya ke bilik prosedur la kita.. tau bilik prosedur? bilik amek darah ye... owh.. i is rasa memang tak boleh lah kalau nak amek darah ebab.. aku tak kuat nak pegang dia sebab dia sangggaat kuat meronta... so si bapak la yang handle.. aku dengar dari luar je jeritan tangisan dia.. alahai.. sebak dah hati seorang ibu nih... lepas amek darah amek neb pulak sebab lendir dalam paru paru dia banyak.. so marilah kita berperang ye ebab... settle haritu maka ngadapla aku dengan kerenah si anak selama dia demam...



So bila hari Khamis masih tak kebah aku cari solution lain.. ada makcik cleaner aku ni cakap cuba bg makan qaseh gold. aku pun zass mencari sape yang jual benda alah tuh. ok.. dah beli semua aku bagi dia makan. So setiap pagi dan malam bertambahlah satu makanan tambahan bg ebab.. tak kisahlah berabis pun janji anak anak sihat. Ari ahad pagi baru ni masih tak elok.. so malam aku bawak g jumpa ustaz kat kampung aku.. khamis malam tu aku blek kampung sebab abang aku nikah.. ni nanti aku citer lain eyh.. so aku bwk dia blek JB juga dengan keadaan dia tak sihat tu.. tapi ahad malam tu mak aku ajak jumpa ustaz minta air.. usaha je kata mama.. ok.. amek air amalkan apa yang die suruh hari isnin aku rasa Aryan dah boleh main dan aktif sikit sikit.. opah pesan Aryan sihat bukan sebab air ustaz tu ye.. tapi dengan izin Allah.. ye aku percaya.. Allah Maha Kaya.. Dia kasihankan aku setiap malam tak dapat tidur lena sebab jaga Aryan demam.. Dengan segala usaha yang aku buat Allah bagi anak aku sihat.. Qaseh Gold, Ubat klinik kesihatan dan air penawar ustaz hanyalah usaha... Dengan izin Allah maka Dia makbulkan doa aku untuk lihat ebab sembuh.. Alhamdulillah. 

  

Wordless Wednesday: Aryan amek darah

09 April 2014


first time anak kena amek darah walaupun Aryan anak kedua. Semoga tiada lagi begini... Tak sanggup nak tgk jarum cucuk dia dah.. 


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign