blog kay & yana: Salam Jumaat.... Jangan lupa solat Jumaat ye...

Salam Jumaat.... Jangan lupa solat Jumaat ye...

18 September 2015

Salam Jumaat korang. Yang lelaki hari ni jangan lupa pergi solat Jumaat. Jangan buat buat uzur ke period ke ye. Solat Jumaat tu WAJIB. Aku kadang kadang tak faham bila tengah hari Jumaat aku pergi Alamanda aku tengok bukan sorang dua kaum adam kat Alamanda tu... ramai okeh.. ramai.. kadang kadang staff staff kat situ pun tak pergi solat Jumaat. Allah... Apalah nak jadi. Dieorang tak tahu ke kalau tak solat Jumaat sebanyak 3 kali berturut turut tanpa sebab boleh dikira sebagai orang yang munafiq ?

Abu al-Ja'di adh-Dhamriy Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi  wasallam bersabda :

"Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia ada munafiq"

(Hadith riwayat Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma, beliau berkata 

Maksudnya:

"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu dibelakangnya (meninggalkannya)"

So aku harap sangat kaum Adam ni janganlah sesekali pandang ringan pada solat. Solatlah selagi kita boleh solat. Kalau Allah dah tarik nyawa kita , masa tu kita nak merayu pada Allah minta dihidupkan semula kerana nak solat dah tak guna da. Yang pasti yang hidup pasti akan mati. 

Kadang kadang aku takut sangat tengok berita. Kejadian di Tanah Suci Mekah betul betul buat aku rasa kiamat tu hampir sangat dengan kita. Sempat ke anak anak aku ni belajar solat...? Sempat ke anak anak aku ni khatam al-Quran.. ? Sempat ke aku tengok mereka membina keluarga di masa hadapan ..? Wallahualam. Semua tu perancangan Allah... Kita tak tahu bila kiamat akan datang. Tapi kita tahu petanda kiamat sudah banyak.. banyak sangat. 

Solatlah kalian.. sesungguhnya solat itu tiang agama. Apa kita nak jawab pada soalan soalan di alam kubur nanti sedangkan soalan pertama nya adalah tentang solat kita tak mampu nak jawab... Allah... Takutnya. Semoga Allah sentiasa berikan kita hidayah dan petunjuk. Aku pun bukanlah ustazah yang pakar bab bab agama. Masih belajar juga walaupun dalam internet je. 

Solat ye kawan kawan. Semoga Allah sentiasa melindungi hamba hambaNYA yang soleh dan solehah. AMIN...


Alhamdulillah.. Syukur sangat pada Allah SWT .. mama dah discaj semalam petang. Sekarang mama duduk rehat je kat rumah. Alhamdulillah. Nasib baik opah ada untuk jaga mama. Terima kasih opah. 

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign