blog kay & yana: August 2013

Semak Status Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

30 August 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah


Ada kawan kawan yang mohon untuk membeli Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Putrajaya? hari ini keputusan sama ada berjaya ataupun tidak telah keluar. Kawan kawan boleh semak di link di bawah ini


Aku dah semak keputuan permohonan aku itu. Tiada rezeki untuk aku bagi kali ini. tak apa. Boleh cuba mohon sekali lagi untuk Fasa 2. Kawan kawan pulak bagaimana? Jomlah kongsi keputusan kawan kawan semua. Selamat Berjaya !!!


Happy Birthday Husband !!!

20 August 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


01 Ogos 2013

"Happy Birthday Husband"

What a wonderful husband you are!
I love you in every way.

Just look how we've gotten this far,
and getting better every day.

You mean the world to me
and yet so much more.

Here's hoping your birthday
Will be one you'll adore

I tried to write a birthday wish for you
But could not put all my feelings for you in a line or two
All I want to say to you
Is I love you, I love you, I love you

Happy Birthday dear

Start Working

19 August 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Hari ini tentu ramai dah bermula bekerja setelah bercuti lama.. ye aku faham perasaan itu. faham sangat. kita semestinya mempunyai perasaan yang sama setelah terlalu lama bercuti raya. Ada ke yang masih bercuti. kalau ada dia memiliki saat saat bahagia sekarang ini. Akan mempunyai perasaan yang sama juga tidak lama lagi. hihihihi... apa pun back to work and no more blues blues day huh.. huhuhu pesanan untuk diri sendiri jugalah.. 

-sekian-

Salah Siapa

01 August 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Alhamdulillah pejam pelik pejam pelik lagi beberapa hari je kita akan meninggalkan bulan yang penuh mulia ini. Entah sempat entah tidak kita jumpa Ramadhan tahun depan. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk kita sama sama sekali lagi merasa nikmatnya bulan yang penuh keberkatan ini. InshaAllah


ok. Back to the topik.. salah siapa? apa yang aku nak ceritakan disini tentang hal hal pentadbiran sesebuah taska. I will explain the situation and ur guys can make any perception. Di putrajaya ini sangatlah susah mencari tempat yang terbaik buat si manja yang baru lahir. Selama 3 bulan kita bersama dia, dan sampai masanya kita harus bekerja dan meninggalkan si kecil yang tidak tahu apa apa pada orang lain. Terpulanglah kepada kita mahu meletakkan anak itu di rumah pengasuh dan di taska. kedua duanya mempunyai permintaan yang tinggi di sini. Sebelum aku bersalin aku dah mencari pengasuh dan taska. Tapi aku memilih taska yang sama sebab Rayyan juga disitu. Senang. Sekali hantar je. Pemilik taska menyuruh aku isi form di online dan bayar duit booking. Aku buat seperti yang diminta. Aku bayar RM200 untuk taska reservekan tempat anak aku nanti. Of courselah aku tidak akan menghantar Aryan masa dia 3 bulan. Opah aku menjaga cicitnya dengan penuh kasih sayang. tapi hanya mampu sebulan sebab Opah memang a busy oyang.. huhuhu.. then aku minta my SIL untuk jagakan atas keizinan my MIL. Sebab aku memang tak sampai hati nak hantar baby sekecil itu di taska yang aku sedia maklum tidak akan melayan dia sepanjang masa. Sebagai ibu pastinya kita mahukan anak kita mendapat perhatian tapi berapa ramai lagi bayi yang memerlukan perhatian. not only my son. yes.. that why i always inform the owner yang i akan hantar my baby lambat but still in this year.. the same year.. 


Bila Aryan hampir 8 bulan aku rasa sudah tiba masa nya dia dihantar ke taska. Sampai bila adik ipar aku nak jagakan? dia juga punya keinginan duduk bersama ibunya. so dengan berat hati aku maklumkan kepada owner taska yang aku akan hantar Aryan akhir bulan 7. Korang tahu dia cakap apa? Maaf puan dah penuh. kita memang tak boleh terima lagi dah. ok then. bengang yang pertama. bila aku tanyakan pasal duit deposit tu. dia boleh cakap burn dengan rasa tidak bersalah nya... WTF???Burn? Bila aku tanya kenapa burn. dia cakap sebab puan sepatutnya hantar bulan 5 tapi puan tak hantar.. so kita kira burn la... another WTF?? Kay dah bengang jugak.So dengan budi bahasanya kay bahasakanlah owner itu.. "Puan, saya dah bayar RM200 untuk booking anak saya. Sepatutnya puan perlu reservekan tempat anak saya untuk tahun ini. Kalau puan kata dah penuh puan sepatutnya maklumkan kepada kami yang puan tak boleh terima anak kami. bukan diam macamtu then burn duit orang. Dalam syarat puan mengatakan sekiranya saya membuat pembatalan duit booking tidak akan dipulangkan tetapi dalam masalah ini yang salah di pihak puan sebab puan yang taknak terima anak saya. Kalau puan rasa puan takboleh pulangkan duit booking saya, saya akan rujuk ke tribunal lah" that its.. terus owner tu cakap oklah kami pulangkan duit. 

pada aku tak salah ko nak terima or tak terima.. tapi pentadbiran taska ko ni biarlah teratur. duit orang amek tapi data orang yang booking tu ko tak tau apa apa.. Biarlah kerja tu secantik nama dan semahal yuran. Barulah orang boleh cakap bagusnya taska ni. Pentadbiran sangatlah caca marba. so oklah. aku pun dah dapat pengasuh buat aryan. Tahun depan aku perlu cari tempat yang lain. So korang rasa salah siapa? Salah aku yang hantar lambat ke? herm... 

-sekian-

note : gambar hanya penyedap mata ketika membaca. 


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign